SYIAH: PIHAK BERKUASA AGAMA PERLU
TEGAS
MARANG – Pihak berkuasa agama di setiap negeri perlu bertindak tegas
terhadap penganut fahaman Syiah dalam usaha membendung penyebarannya dan
mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sebarang aktiviti penyebaran fahaman
itu.
Naib Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Razali Idris berkata, punca
halangan tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh tidak dapat dilaksanakan
adalah kerana terdapat beberapa negeri belum mewartakan enakmen berhubung isu
Syiah.
Oleh itu, gesaan agar setiap negeri yang belum mewartakan fatwa menyekat
penyebaran Syiah tersebut perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia bertujuan
membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh.
“Kita kena faham kenapa Syiah tidak boleh disebar di Malaysia. Syiah
bukan ajaran Islam dan dilarang sama sekali mengembangkan atau menyebarkan
fahaman tersebut kepada umat Islam yang majoritinya mengikut fahaman Ahli
Sunnah wal Jamaah.
“Kegagalan berbuat demikian dikhuatiri menyebabkan ada pihak mudah
dipengaruhi dengan ajaran Syiah. Malah, pengaruhnya juga dilaporkan semakin
berani dan mula berkembang di negara ini berdasarkan bilangan ahli pertubuhan
tersebut,” katanya. –Sinar Harian
No comments:
Post a Comment