KENAIKAN
HARGA MINYAK: PERSATUAN PENGGUNA SIFATKAN KEPUTUSAN MENGEJUT
KUALA LUMPUR - Beberapa persatuan
pengguna menyifatkan keputusan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel
sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini sebagai terlalu mendadak.
Presiden Gabungan Persatuan-persatuan
Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, keputusan itu dikhuatiri
bakal mengundang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lain sekiranya
golongan peniaga daripada pelbagai sektor mengambil kesempatan.
Sambil melahirkan rasa terkejut, beliau
turut bimbang kenaikan itu akan memberi impak kepada semua peringkat rakyat
terutama mereka yang berpendapatan rendah.
"Golongan peniaga sudah semestinya
akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang termasuk dalam sektor
pengangkutan awam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
daripada proses merasionalisasi subsidi.
"Keputusan ini amat mengecewakan
kerana pengguna petrol RON 95 adalah mereka yang berpendapatan rendah.
"Kerajaan juga sebelum ini berjanji
tidak akan menaikkannya kecuali ada kes-kes kecemasan atau dinaikkan secara
berperingkat-peringkat supaya tidak membebankan pengguna, tetapi keputusan hari
ini adalah sebaliknya," katanya.
Menurut beliau, antara langkah yang
boleh dilakukan adalah mengawal ketirisan bahan bakar tersebut selain
menguatkuasakan penggunaan kad pengenalan sebagai salah satu bentuk kawalan.
"Kita berharap kerajaan dapat
mengkaji semula atau mengawal ketirisan dan penyeludupan petrol dan diesel supaya
rakyat tidak terbeban," katanya. –Utusan Online
No comments:
Post a Comment