ISU KENAIKAN HARGA MINYAK: PENJELASAN PM
PUTRAJAYA - Kenaikan harga minyak
merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang
akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak berkata, sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan
buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima
kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.
"Komitmen kerajaan untuk
melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit
fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020.
"Kita mesti faham ini bukan soal
politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan
kesan buruk kepada rakyat," katanya kepada pemberita pada persidangan
media di bangunan Perdana Putra di sini malam tadi.
Beliau yang juga Menteri Kewangan
berkata merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter
yang diumumkannya berkuatkuasa hari ini.
Katanya, proses rasionalisasi subsidi
sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan,
namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi
memastikan kesannya tidak membebankan.
"Kita nak tentukan bahawa kesan
yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum
dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya
katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia
BR1M," katanya.
Najib juga menegaskan, kerajaan berusaha
agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan menurutnya jumlah
kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.
Tambahnya, kenaikan harga bahan api itu
akan memberi kesan minimum dan seterusnya beliau berharap agar para peniaga
tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira
kepentingan rakyat. -http://www.rakyatnews.my/
No comments:
Post a Comment