SANG SAKA MELAYA vs JALUR GEMILANG: TARIK GELARAN
SASTERAWAN NEGARA
Gagasan
Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) mendesak kerajaan menarik balik anugerah
Sasterawan Negara daripada A. Samad Said kerana pembabitannya dalam kumpulan
aktivis propembangkang menghina Jalur Gemilang di Dataran Merdeka malam
semalam.
Pada
masa sama, Gagasan turut menggesa polis mengenakan tindakan tegas di bawah Akta
Hasutan terhadap A. Samad serta dua lagi aktivis propembangkang iaitu
Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim yang turut melakukan perbuatan
serupa.
Setiausaha
Agung Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, tindakan tegas perlu dikenakan
bagi memastikan perbuatan biadab mencemari sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-56
selain mengibar bendera yang dinamakan 'Sang Saka Malaya' tidak berulang.
Mengulas
mengenai pembabitan tokoh Sasterawan Negara itu yang disifatkan turut menghina
diri sendiri, beliau berkata, sudah tiba masa bagi kerajaan menarik balik
anugerah tersebut memandangkan A. Samad tidak lagi menghargai pengiktirafan dan
penghormatan besar negara terhadapnya.
Malah,
jelasnya, lebih pelik, A. Samad sering menghasilkan karya menerusi
sajak-sajaknya sebelum ini yang banyak berkisar tentang perjuangan dan erti
kemerdekaan tetapi pada waktu yang sama, tokoh itu sendiri bertindak
mencemarkan sambutan kemerdekaan dengan perbuatan yang sungguh keterlaluan.
"Jadi,
kerajaan perlu tarik balik segera anugerah tertinggi itu (Sasterawan Negara)
kerana dia tidak lagi menghormati erti kemerdekaan serta pengorbanan para
pejuang terdahulu, seolah-olah dia tidak menggambarkan apa yang ditulis dalam
sajaknya.
"Lagi
pun, dia buat macam ini bukan kali pertama malah dah banyak kali dia buat
(menentang kerajaan). Biarpun bagi A. Samad anguerah itu mungkin tidak bermakna
tetapi itulah yang mengangkat dirinya selama ini," katanya kepada Utusan
Online di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment