SANG SAKA MALAYA: AKTIVIS PROPEMBANGKANG DITEMPELAK
Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak aktivis
propembangkang yang bertindak mempersenda Jalur Gemilang sebagai 'jalur
temberang' selain mengibarkan bendera kononnya ‘Sang Saka Malaya’ ketika
sambutan Ambang Merdeka kelmarin.
Menyifatkan
tindakan itu sebagai tidak wajar, menurutnya, pihak polis akan menjalankan
siasatan jika mendapat laporan berhubung insiden berkenaan.
Malah
beliau berpendapat laporan polis perlu dibuat kerana perkara itu jelas
bertentangan dengan kedaulatan negara.
"Tak
sepatutnya ada orang yang mempertikaikan Jalur Gemilang termasuk mahu
menggantikannya dengan bendera lain. Kita sebagai rakyat, biarpun berbeza
pendapat dan ideologi politik, kita kena terima hakikat, tak semua perkara
perlu ditentang termasuk keputusan terdahulu khususnya berkenaan Jalur
Gemilang.
"Kita
tidak boleh menghina Jalur Gemilang. Saya fikir, penghinaan terhadap Jalur
Gemilang, sampai nak kata jalur temberang, perlu dielakkan," katanya.
Ahmad
Zahid mengulas tindakan beberapa aktivis propembangkang mengibarkan Sang Saka
Malaya selain menggelar Jalur Gemilang sebagai 'jalur temberang' ketika
sambutan Ambang Merdeka.
Ahmad
Zahid berkata, siasatan akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia
ada.
Dalam
perkembangan lain, ditanya mengenai penglibatan pemimpin politik dalam kumpulan
gangster, beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dalam hal itu termasuk
melibatkan pemimpin di pihak kerajaan mahupun pembangkang.-BERNAMA/Utusan Online
No comments:
Post a Comment