AKTIVIS PROPEMBANGKANG HINA JALUR
GEMILANG
Sambutan
Malam Ambang Merdeka menjelang Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka di
sini malam lalu dicemari perbuatan biadab sekumpulan aktivis propembangkang
mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai 'Sang Saka Malaya'.
Hishamuddin Rais memegang
bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan Malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur |
Malah,
aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dalam ucapan ringkasnya di lokasi
tersebut bersikap celupar apabila menggelar bendera Jalur Gemilang yang menjadi
kebanggaan rakyat Malaysia sebagai 'jalur temberang'.
Beliau
turut tidak menghormati sejarah negara dengan mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga
Hari Kemerdekaan adalah 'hari malapetaka'.
"Saudara-saudara!
Lupakan jalur temberang, ini (Sang Saka Malaya) adalah bendera baharu untuk
negara Malaysia.
"Jalur
temberang ialah bendera tipu daripada Amerika.
"Bendera
Sang Saka ini adalah bendera tradisi daripada Kerajaan Melayu Langkasuka.
"Bendera
ini telah dinaikkan oleh rakyat pada tahun 1947.
"Malam
ini adalah malam bersejarah, kita kibarkan Sang Saka. Inilah bendera rakyat
Tanah Melayu.
"Inilah
bendera yang akan menjadi negara kita apabila negara kita bebas daripada United
Malay National Organization.
"Ingat,
31 Ogos bukan Hari Kemerdekaan. 31 Ogos adalah hari malapetaka," katanya
seperti dipetik menerusi rakaman video yang dipaparkan di portal RakyatNews.my
(http://www.rakyatnews.my) hari ini.
Turut
kelihatan bersama Hishamuddin dalam rakaman video itu ialah aktivis
propembangkang, Adam Adli Abdul Halim.
Sementara
itu, seorang lelaki yang kurang senang dengan perbuatan biadab kumpulan aktivis
propembangkang merampas bendera Sang Saka Malaya ketika Sasterawan Negara, A.
Samad Said sedang berucap di Dataran Merdeka.
Lelaki
terbabit juga menegaskan Sang Saka Malaya bukan bendera negara sambil
menunjukkan jarinya ke arah Jalur Gemilang yang dikibarkan berhampiran lokasi
kejadian. -Utusan Online
No comments:
Post a Comment