POLIS SIASAT ISU HINA JALUR GEMILANG,
KIBAR SANG SAKA MALAYA
Polis
Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung insiden sekumpulan
aktivis propembangkang yang bertindak mengibarkan bendera yang mereka dakwa
sebagai ‘Sang Saka Malaya’ ketika sambutan malam Ambang Merdeka kelmarin.
Perkara
itu dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut
menegaskan siasatan itu akan dijalankan secepat mungkin.
"Kita
akan siasat secepat mungkin dan akan mencari bukti," katanya ketika
ditemui.
Terdahulu
Khalid mengulas tindakan beberapa aktivis propembangkang mengibarkan Sang Saka
Malaya selain menggelar Jalur Gemilang sebagai 'jalur temberang' ketika
sambutan Ambang Merdeka.
Insiden
itu mengundang kemarahan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai biadab
serta tidak menghormati bendera negara. -Utusan Online
No comments:
Post a Comment