NGO SERAH MEMORANDUM
BANTAH PINDAAN PCA
SHAH ALAM - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini, telah
menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan
Junaidi bagi membantah pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959.
Menurut wakil jurucakap NGO terbabit, Fadiah Nadwa, pindaan
akta tersebut seolah-olah mengembalikan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA)
iaitu menahan seseorang tanpa bicara.
“Kenapa
perlaksanaannya ingin dilaksanakan secara tergesa-gesa?
“Kami akan berjuang sehingga akta ini tidak dilaksanakan,
kita tunggu apa maklum balas menteri, kalau tiada apa-apa tindakan kami akan
terus berusaha untuk membantah perlaksanaannya,” katanya ketika dihubungi oleh
Sinar Harian Online, hari ini.
Sementara itu, kira-kira 50 orang hadir untuk menyerahkan
memorandum tersebut di bangunan Parlimen pada jam 12 tengah hari tadi.
Turut hadir Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli
Parlimen Gombak, Azmin Ali serta beberapa ahli Parlimen pembangkang dan
Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga.
Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa
pindaan ke atas akta tersebut yang dicadangkan kerajaan adalah lebih khusus
untuk memerangi jenayah terancang.
Perdana Menteri turut berkata, ia bukan hendak mengembalikan
ISA.
Najib berkata, ISA berbeza daripada PCA kerana ISA memberi
kuasa begitu luas untuk menahan seseorang individu tanpa proses mahkamah
sebaliknya kuasa itu diberikan kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri.
"Tetapi kali ini (di bawah pindaan akta) keputusan akan
dibuat oleh pihak hakim, jadi kalau polis menahan sesiapa, ia perlu menyakinkan
pihak hakim bahawa individu tertentu ini perlu ditahan," kata Najib.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment