NAFI PCA GANTI ISA
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan
pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) bertujuan menggantikan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata
demikian ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
"Tidaklah. Itu adalah pindaan selari, kerana apabila
PCA 1969 dipinda, ia juga melibatkan 10 undang-undang lain.
"Oleh itu, pindaan selari dilakukakan supaya tak
bercanggah dengan pindaan PCA ini," katanya.
Pada 3 September lalu, Ahmad Zahid mengumumkan draf pindaan
PAC 1959 yang sedang dirangka akan memberikan kuasa yang lebih menyeluruh
kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam aspek pencegahan jenayah.
Beliau berkata, draf berkenaan yang sedang diteliti oleh
Jabatan Peguam Negara dan dibentang di Parlimen bagi kelulusan dan turut
dipastikan akan terpakai dan diamalkan di Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, ketika ditanya lanjut mengenai tarikh, Ahmad
Zahid memberitahu, akta tersebut akan dibentangkan Isnin depan.
"Berilah saya bentang..Saya akan bentangkan pada 30
September ini.
"Saya akan menerima sebarang perbahasan...Nanti, tunggu
perbahasan," katanya.
Beliau juga memberitahu,satu forum mengenai undang-undang
dan tatacara pencegahan jenayah di Putrajaya.
"Pada 28 September nanti kita akan adakan forum dan
kita jemput majlis peguam untuk bersama-sama dalam forum berkenaan dan kita
minta mereka berikan pendapat," katanya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment