PERLU UNDANG-UNDANG
BERI POLIS LEBIH KUASA - MUSA HASSAN
SHAH ALAM - Bekas
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mencadangkan agar
undang-undang baru menggantikan Ordinan Darurat (EO) yang dimansuhkan pada 2009
memberikan lebih kuasa kepada polis untuk membendung jenayah dengan lebih
berkesan.
Menurutnya, undang-undang pencegahan sedia ada tidak cukup
‘taring’ termasuklah Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 kerana bidang kuasa yang terhad untuk
menahan penjenayah.
“Undang-undang sedia ada hanya untuk menahan mereka,
undang-undang tersebut tidak kuat.
“Oleh sebab itu,saya nyatakan adalah penting untuk pihak
polis diberikan undang-undang yang lebih holistik, untuk menangani masalah
ini," katanya ketika sesi wacana anjuran Sinar Harian ke-23 yang mengupas
tajuk, Polis Hilang Sengat: Apa Selepas E0.
Wacana Sinar Harian ini membariskan panel yang terdiri
daripada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Ketua Pengarah
Penjara Malaysia, Tan Sri Zaman Khan dan tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir
Jasin serta dikendalikan oleh
penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar.
Sementera itu, dalam masa yang sama, beliau menegaskan
rakyat Malaysia harus mengubah persepi mereka yang mengatakan undang-undang
yang diwujudkan oleh kerajaan bersifat zalim dan menindas.
“Undang-undang tersebut diwujudkan adalah sebagai langkah
pencegahan, bagi mengawal negara supaya berada dalam keadaan aman dan stabil,
bukannya undang-undang zalim.
“Persepsi ini perlu diperbetulkan supaya masyarakat faham
tujuan undang-undang itu diwujudkan,” tegasnya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment