MANSUH ORDINAN
DARURAT: CADANG AKTA LEBIH BERKESAN
SHAH ALAM – Pemansuhan Ordinan Darurat (EO) perlu diganti
dengan akta baru yang lebih berkesan, namun akta baru tersebut harus seimbang
dalam usaha membendung jenayah berat yang kerap berlaku di negara kita.
Bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Datuk
Seri Noh Omar berkata, pengalaman sebelum ini yang terlibat secara langsung
dalam pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan EO disarankan
sekiranya akta baru digubal perlu tukar prosedur baru.
“Dulu polis cadangkan dasar atau aturan baru menteri hanya
luluskan dan sekarang ini saya cadangkan kaji lebih teliti penggubalan dan
pelaksanaan akta baru agar salah guna kuasa dapat dikurangkan.
“Sebarang kuasa tidak boleh hanya diletakkan kepada individu
tertentu kerana undang-undang adalah hak rakyat. Oleh yang demikian, kaji
teliti baru laksana,” katanya ketika ditemui, semalam.
Noh turut memaklumkan buat masa ini polis masih berkuasa
penuh dalam Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 dan diharapkan dengan taring
yang ada dapat menghapuskan jenayah berkaitan dadah secara holistik dan ini
sebagai bukti kepada rakyat sengat yang masih ada.
Mengulas lanjut perkara sama, pemilik syarikat kawalan
keselamatan yang juga Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Maznah Abdul Hamid
berkata, sejak EO dihapuskan ketara kerancakan jenayah walaupun ia membawa
keuntungan kepada syarikat keselamatan namun ia mengundang bahaya kepada negara
dan rakyat dan perkara ini tidak wajar dibiarkan.
“Saya sarankan kerajaan laksanakan satu akta baru yang
berupaya menggantikan EO dan sekali gus dapat mencegah kejadian jenayah berat
yang semakin mengancam keselamatan negara, di harapkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak tidak terlalu berlembut dalam perkara ini,” katanya.
Seorang konsultan, Samad Rahim, 61, berkata, difahamkan Akta
Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 akan dikemas kini dan diharapkan undang-baru baru
yang diubahsuai ini turut memberi kesan seperti EO namun lebih menjurus kepada
check and balance dapat elak tuduhan salah guna kuasa.
“Bagaimanapun jelas ukuran jenayah dapat dinilai selepas
penghapusan EO dan diharapkan kerajaan sedar dan prihatin. Ukur apa jadi
selepas dihapuskan iaitu result speak it self’,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment