PENDATANG HARAM
RASUAH BESAR NEGARA
SHAH ALAM - Gejala rasuah terbesar negara adalah melibatkan
kemasukan pendatang asing yang memasuki negara secara haram.
“Kita bukan bercakap tentang pegawai tidak bagus atau
undang-undang yang tidak bagus, saya rasa ini semua persekitaran kita. Tidak
boleh salahkan polis sahaja, lihat isu pendatang haram yang merupakan punca
rasuah terbesar.
“Kenapa kita tidak betulkan, ada masanya ada tindakan, ada
masanya tidak, dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam wacana Sinar Harian siri
ke-23, ‘Polis Hilang Sengat: Apa Selepas EO’ yang diadakan di Kompleks Kumpulan
Media Karangkraf, di sini semalam.
Kata beliau, tindakan tegas bagi membanteras gejala rasuah
perlu diambil serius kerajaan.
“Bukan sahaja polis, tapi semua terlibat, jadi kalau polis
tahan jadi orang cakap polis makan duit. Jadi saya rasa ini satu perkara yang
perlu dibanteras,” ujarnya.
Sementara itu, Datuk Akhbar Satar yang bertindak sebagai
moderator berkata, tindakan tegas perlu diterapkan dalam operasi terutamanya di
sempadan negara.
“Saya setuju kerana jangan mengharapkan sahaja kepada polis,
tetapi juga Imigresen, Kastam,
terutamanya melibatkan isu senjata api, tapi yang terlepas itu satu perkara
yang tidak baik. Ini yang berlaku di sempadan contohnya di Sungai Golok,
pegawai Imigresen hanya tanya awak bawa barang apa?
“Kita tidak pentingkan semak atau pemeriksaan, orang dari
Sungai Golok yang selalu masuk ke Rantau Panjang sama ada bawa senjata, dadah
atau sebagainya, negara kita tidak prihatin kepada keselamatan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment