HAK ASASI MANUSIA ADA
HAD, BUKAN MUTLAK - MUSA HASSAN
SHAH ALAM - "Hak asasi manusia di Malaysia perlu ada hadnya,
ianyak tidak boleh bersifat mutlak seperti di negara barat," kata bekas
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan.
"Masyarakat barat mempunyai budaya berlainan dengan
kita, kita ada batas-batasnya, jangan ikut Barat.
"Sebab itu, kita perlu ada undang-undang khas, kawal
keamanan, kalau kebebasan mutlak diberikan, sudah tentu negara kita akan
musnah," katanya ketika sesi wacana anjuran Sinar Harian ke-23 yang
mengupas tajuk, 'Polis Hilang Sengat: Apa Selepas E0'.
Wacana Sinar Harian
ini membariskan panel yang terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara,
Tan Sri Musa Hassan; bekas Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Tan Sri Zaman Khan
dan tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin serta dikendalikan oleh penganalisis jenayah, Datuk
Akhbar Satar.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment