PCA: TAHAN TANPA
BICARA TIDAK ISLAMIK -NURUL IZZAH
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
menyifatkan penahanan tanpa perbicaraan selama dua tahun yang dipinda dan
diluluskan pada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) sebagai tidak Islamik.
Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan)
2013 yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman
awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah diluluskan di Dewan Rakyat,
Khamis lalu.
Usaha wakil rakyat
pembangkang untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya
apabila ia diluluskan dengan suara majoriti daripada penyokong kerajaan pada
12.50 malam.
Izzah menafikan penentangan itu demi kepentingan pembangkang
semata-mata.
“Pada saya, ia bukan soal kami semata-mata, tapi soal
kebenaran. Ini bukan soal nak selamatkan diri.
“Kadang-kadang kita berjuang menentang satu-satu rang
udang-undang kerana ia sesuatu yang harus diperjuangkan,” katanya kepada Sinar
Harian Online ketika ditemui, hari ini.
Mengulas lanjut soal itu, beliau turut menyentuh berhubung
kebanyakan pemimpin pembangkang yang menjadi mangsa penahanan di bawah akta
seperti ini.
“Pertamanya,
penahanan tanpa bicara, ini tidak Islamik. Nak banding dengan Amerika Syarikat
(AS)? Yang mana kita benci, yang mana zalim. Sudah tentu kita tentang.
“Keduanya, kami bukan pengganas. Kami bukan 'geng-geng' yang
buat jenayah. Kami bukannya penjenayah. Kenapa kami harus ditahan? Bukankah itu
satu kezaliman? Saya tak faham logik itu,” katanya.
Tambahnya, “bukankah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA)
itu untuk menyelamatkan keadaan...katanya, dengan menangkap penjenayah yang
tegar. Jadi, dimanakah konteks pembangkang itu diletakkan?”
Selain parti pembangkang, pindaan akta tersebut turut
mendapat tentangan pertubuhan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment