PETRONAS
JAWAB DAKWAAN : BUKAN PINGGIR TAPI UTAMAKAN KUALITI
Menurut PDB, sebagai syarikat awam tersenarai dan entiti
korporat bertanggungjawab, PDB mempunyai kewajipan kepada orang awam untuk
memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mempunyai standard dan
kualiti paling tinggi.
“Usahawan tempatan boleh memohon untuk menjadi pembekal sah
(bagi menjual produk makanan di stesen Petronas) melalui Program Industri Kecil
dan Sederhana (IKS) kami,” menurut PDB dalam satu kenyataan, semalam.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan dakwaan bahawa PDB
meminggirkan pembekal Bumiputera bagi produk makanan seperti nasi lemak yang
dijual di kedai Mesra di stesen Petronas.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan laporan berhubung dakwaan
dibuat beberapa pengusaha stesen Petronas dan badan bukan kerajaan yang
menyebut PDB cuba meminggirkan usahawan Melayu dan Bumiputera yang menjadi
pembekal kecil-kecilan produk makanan di stesen Petronas dengan meletakkan
syarat yang membebankan pembekal.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment