PERSATUAN
PERANAKAN CINA KELANTAN BANTAH HUDUD
KOTA BHARU - Penasihat Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law
Awang mendakwa masih ramai dalam kalangan bukan Islam tidak bersetuju pelaksanaan
hukum hudud jika ia melibatkan lain-lain kaum.
Katanya, Kelantan mempunyai masyarakat majmuk dan hudud tidak
sepatutnya dilaksanakan kepada kaum bukan Islam.
“Sekarang kalau mahu melaksanakan hukum hudud, ia melibatkan
agama lain. Kita tidak setuju tetapi jika dilakukan untuk agama Islam sahaja,
kita tidak membantah.
“Dalam masyarakat majmuk, kita tidak boleh buat begitu
(hudud) kerana apabila ia lulus, ia boleh melibatkan orang lain termasuk bukan
Islam secara automatiknya kerana kita berada di Kelantan,” katanya ketika
diminta mengulas mengenai pelaksanaan
hudud di Kelantan.
Dengan mengambil beberapa contoh syarat yang dikenakan di
negeri ini termasuk pembinaan rumah kedai yang diwajibkan berbumbung bentuk
kubah masjid, Law Awang berkata, kebiasaannya semua syarat yang diluluskan
wajib dipatuhi semua kaum di negeri ini.
“Kita perlu timbang masyarakat majmuk di Malaysia. Beberapa
perkara tidak boleh diimplementasikan di negara ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment