SYIAH: NIKAH MUTAAH TARIK GOLONGAN MUDA
Malah lebih membimbangkan apabila ada yang beranggapan isteri
orang boleh dinikahi dengan syarat jangan suami wanita berkenaan tahu.
Menurutnya, syiah yang boleh merosakkan akidah umat Islam itu
turut mewujudkan kerisauan kerana boleh meruntuhkan pembangunan ummah di negara
ini.
“Syiah ini kita perlu faham apakah ajaran sebenarnya kerana
di luarnya saduran cukup cantik, silap-silap bawa tawaran menarik.
Datuk Wira Rashid Redza Md Salleh |
"Nikah mutaah ini bila terdesak dibolehkan, malahan
isteri orang boleh dinikahi dengan syarat jangan suami dia tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa mewakili Ketua Menteri Melaka,
Datuk Idris Haron merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ulamak Negeri Melaka
Ke-21 serta meraikan golongan haji dan hajjah di Dewan Sekolah Rendah Agama
Peringgit, di Melaka, semalam.
Beliau turut melahirkan kerisauan akibat perkahwinan mutaah
juga boleh meningkatkan penyakit kelamin.
Beliau turut mendedahkan, Jabatan Mufti Melaka turut pernah
menyekat permintaan sebuah pergerakan syiah di negeri berkenaan yang berhasrat
menubuhkan madrasah mereka bagi menyebarkan fahaman itu.
Akibat halangan yang dikeluarkan katanya, kumpulan berkenaan
dikesan bergerak secara halus menerusi orang perseorangan bagi mengelak dikesan
pihak berkuasa dan usaha itu perlu dibanteras.
"Guru agama termasuk guru takmir dan persatuan ulama
perlu bergerak bersama-sama dengan agensi agama negeri bagi memperhebatkan
usaha memerangi fahaman syiah ini," katanya.
Beliau menambah, fahaman syiah yang disebarkan secara halus
bagi mengelak dihidu pihak bertanggungjawab perlu diperangi dengan
memperkukuhkan asas agama umat Islam berlandaskan fahaman ahli sunnah wal
jamaah.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment