NEGERI
PENTABIRAN PR AKAN DIDESAK LAKSANA HUDUD
SHAH ALAM – Usul supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR
melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikian ujar
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahas diperingkat Pas
Pusat sehingga menemui resolusi sekaligus akan dibawa ke peringkat Dewan
Rakyat.
Beliau menambah, Pas telah menerima empat usul berhubung isu
pelaksanaan undang-undang syariat Islam termasuk hukum hudud pada muktamar kali
ini.
"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri
yang dikuasai PR melaksanakan undang-undang itu, " katanya kepada Sinar
Harian Online, hari ini.
Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Kelantan akan
memperuntukan RM 1 juta untuk melaksanakan hukum tersebut.
Susulan itu, ahli
Majlis Tertinggi Umno yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar
Musa turut menyambut baik perkara tersebut dan menegaskan parti bukan Islam
lain tidak perlu masuk campur dalam perkara tersebut.
Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi
Usul berkata, resolusi yang diperolehi daripada perbahasan usul hudud pada
muktamar akan diteruskan ke peringkat Kerajaan Pusat.
"Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan
hantar memorandum mendesak Kerajaan
Pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu," katanya.
Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pahang berkata
Pas turut menerima usul untuk membincangkan isu Tahaaluf Siyaasi pada muktamar tersebut.
"Kita juga telah menerima tiga atau empat kawasan yang
menyerahkan usul untuk membahaskan isu Tahaluf Siyaasi.
"Jadi kita diperingkat Pusat telah terima dan akan
dibahaskan di peringkat Pusat," ujarnya lagi.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment