OBESITI: KAJI SEMULA
TEMPOH OPERASI KEDAI 24 JAM
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan bersetuju dengan
saranan agar tempoh operasi kedai makan 24 jam disemak semula dalam usaha
menangani obesiti, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Katanya satu kajian lanjut mengenai perkara itu boleh
dilaksanakan oleh pihak berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan dan
mengeluarkan garis panduan bagi mengehadkan tempoh operasi kedai terbabit.
"Walaupun kementerian setuju supaya kedai makan 24 jam
ini dikurangkan, namun yang lebih utama sebenarnya adalah kesedaran individu
itu bagi mengawal pemakanan mereka sekali gus mengelakkan obesiti,"
katanya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment