HUDUD TIDAK
SEMUDAH DIRANCANG
KOTA BHARU - Pelaksanaan hudud di Kelantan tidak semudah
dirancang memandangkan ada negara yang gagal untuk melaksanakannya.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul
Abidin berkata, perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia memerlukan
syarat yang kondusif sebelum dilaksanakan.
“Saya tidak menentang hudud, tentu sekali tidak, malah saya
bersetuju dengan hudud dan kita perlu melaksanakan hudud jika cukup syarat.
“Banyak perkara yang perlu dibincangkan melibatkan semua
pihak dan apabila syarat kondusif kita buat, dalam jalan nak pergi ke hudud
banyak perkara yang perlu diselesaikan,” katanya pada forum 'Sembang Politik'
di sini, semalam.
Menurutnya, sejarah pelaksanaan hudud dalam negara moden
dapat dilihat apabila Pas berani mencuba tetapi cubaan itu bukan sesuatu yang
mudah.
“Contohnya, Pakistan yang sebelum ini telah melaksanakan
enakmen hudud tapi tidak berjaya, begitu juga Libya, termasuk Nigeria Utara
yang hanya melaksanakannya buat seketika kemudian menghentikannya apabila
seorang wanita direjam kerana berzina,” katanya.
Mohd Asri berkata, setakat ini hanya Arab Saudi yang berjaya
melaksanakan enakmen undang-undang Islam itu.
Beliau berkata, pelaksanaan hudud memerlukan persediaan yang
rapi supaya apa yang dilaksanakan nanti tidak dipertikai oleh mana-mana pihak.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment