GST: PENGGUNA TAK
PERLU BIMBANG
KUALA LUMPUR -
Pengguna tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan
(GST) yang hanya menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sekaligus
tidak akan meningkatkan kos sara hidup.
Ketua Unit Teknikal GST Persatuan Akauntan Percukaian, Mohd
Rozlan Mohamed Ali berkata, pelaksanaan
GST itu hanya akan memberi kesan bergantung kepada gaya hidup individu
tersebut.
"GST selalu jadi konflik kepada pengguna, kita hapuskan
SST dan gantikan dengan GST. Kos sara hidup tak akan meningkat tinggi, kerana
GST bukan cukai baru yang terpaksa dibayar.
"GST akan dikenakan kepada gaya hidup individu itu,
kalau dia suka membeli belah barang mahal, dia akan dikenakan GST lah,"
katanya Persidangan Meja Bulat GST : Apa Pandangan Belia?, di Pusat Belia
Antarabangsa, di sini, semalam.
Beliau juga turut mengakui, kesan daripada pelaksanaan GST
akan berlaku kenaikan harga barang namun tidak secara menyeluruh.
"Kita tak dapat nafikan, memang akan ada kenaikan
barang, tapi kesannya hanya sedikit.
"Dan ia bukan sebab GST sepenuhnya tapi dipengaruhi
dengan faktor lain seperti rasionalisasi subsidi, harga minyak dan
lain-lain," katanya.
Sumber: Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment