KEMENTERIAN DIGESA KAJI SEMULA KENAIKAN
TARIF ELEKTRIK – CUEPACS, LPKPM
KUALA
LUMPUR - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air digesa mengkaji semula
kenaikan kadar purata tarif elektrik sebelum dikuatkuasakan mulai Januari
depan.
Katanya,
jika kadar purata tarif elektrik di Semenanjung dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj
(atau 14.89 peratus) iaitu daripada 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj, keadaan
itu secara tidak langsung akan memberi bebanan kewangan kepada golongan
berkenaan.
"Saya
dapati langkah menaikkan kadar purata elektrik tersebut tidak selari dengan
prinsip kerajaan untuk mendahulukan rakyat.
"Walaupun
kadar baharu tersebut menjimatkan perbelanjaan kerajaan, namun mereka perlu
lihat perbelanjaan rakyat terutamanya apabila kos sara diri semakin
meningkat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau
mengulas pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr.
Maximus Johnity Ongkili berhubung kenaikan kadar purata elektrik tersebut hari
ini.
Jelasnya,
beliau menerima banyak aduan mengenai bekalan elektrik yang sering terputus
sedangkan pengguna membayar untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik.
"Ini
tidak adil kepada rakyat. Mereka perlu membayar nilai tinggi untuk perkhidmatan
yang sering tergendala melainkan TNB memperbaiki kelemahan tersebut dan memberi
jaminan serta perkhidmatan terbaik," ujar beliau.
Katanya,
jika kerajaan bertegas melaksanakan kadar baharu tersebut, perlu ada mekanisme
untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak terjejas.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/
No comments:
Post a Comment