KONSEP WASATIYAH MALAYSIA DIPUJI
Beliau
berkata, konsep berkenaan berkait rapat dengan dasar pimpinan Datuk Seri Najib
Razak yang memperkenalkan transformasi dalam pelbagai bidang seperti Program
Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Katanya,
konflik melanda negaranya boleh dielakkan jika konsep demokrasi dan wasatiyah
diamalkan Malaysia turut diamalkan negara berkenaan.
Contohi demokrasi negara
“Saya
sudah baca buku Memacu Transformasi karya Najib dan mengakui ia adalah dasar
yang baik. Buku berkenaan perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab untuk
dijadikan contoh negara Arab supaya mengamalkan demokrasi seperti diamalkan
Malaysia,” katanya pada forum semalam.
Selain
beliau, empat ahli panel lain ialah Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia,
Joseph Y Yun; Duta Peru ke Malaysia, Marco V Balarezo; wakil kerajaan Ukraine,
Anatoly K Orel dan EXCO Kedah, Datin Nor Sabrina Mohd Noor.
Forum
‘Apabila Kesederhanaan Dipinggirkan, Keangkuhan Menjadi Punca Konflik’ itu
dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gerakan Kesederhanaan Global (GMM),
Datuk Saifuddin Abdullah.
Sementara
itu, Joseph Y Yun berkata, konflik dalaman sesebuah negara hanya boleh
ditangani pihak di negara itu sendiri dan bukannya menerusi campur tangan luar.
Puji prinsip urus hal ehwal negara
Yun
turut memuji inisiatif Malaysia menguruskan hal ehwal membabitkan
kepentingannya dalam isu domestik atau antarabangsa tanpa bantuan asing.
“Malaysia
adalah negara berprinsip. Kali pertama saya menjejakkan kaki ke negara ini,
saya tahu AS dan negara ini boleh bersahabat baik dan bekerjasama dalam
pelbagai hal berdasarkan konsep kesederhanaan diamalkan Kerajaan Malaysia.
“Saya
melihat Malaysia negara Islam teladan bagi kebanyakan negara Islam yang lain,
terutama dalam hal menyelesaikan konflik,” katanya.
No comments:
Post a Comment