Thursday, March 15, 2012


PEMBUNUHAN KEJAM DIRANG BUKTI KEMUFLISAN NILAI MASYARAKAT




Peristiwa pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, melambangkan kemuflisan nilai dan akhlak yang sedang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes bunuh dan bakar Nurul Nadirah atau Dirang yang benar-benar menggemparkan negara.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa seperti kes ini yang menggambarkan tahap perikemanusiaan yang amat rendah,” ujarnya.

Beliau juga menyifatkan perbuatan kejam tersebut sebagai suatu perlakuan yang ganjil dan di luar batas pemikiran insan.

Sementara itu, Biro Wanita ISMA akan melancarkan Kempen Anti Keganasan Kanak-Kanak sebagai respon ke atas perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap Nurul Nadirah dan kanak-kanak lain yang pernah menjadi mangsa kekejaman serupa.

“Mari kita bersama-sama menentang kezaliman dan kekejaman ini dengan suara, tulisan dan kuasa yang ada. Semoga mereka yang bertanggungjawab akan dihukum dengan seberat-berat hukuman di dunia dan akhirat,” kata Ustazah Norsaleha Mohd Salleh, Ketua Wanita ISMA.

Sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/pembunuhan-kejam-dirang-bukti-kemuflisan-nilai-masyarakat/

BUDAK 2 TAHUN MATI LEMAS DI TASIK TITIWANGSA

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang hilang ketika bermain di taman permainan dekat Tasik Titiwangsa di sini, semalam, ditemui terapung setelah lemas di tasik itu pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat kanak-kanak malang itu ditemui terapung berhampiran kawasan permainan di taman itu oleh orang ramai pada pukul 7.30 pagi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
“Pada kejadian, kanak-kanak tersebut bersama ibunya berumur 18 tahun serta ibu saudaranya berkelah di situ,” katanya kepada pemberita hari ini.


Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai tergelincir semasa bermain di padang permainan itu dan selepas dilaporkan hilang, usaha mencari dilakukan sehingga pukul 12.30 tengah malam tadi. – BERNAMA


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kepada ibubapa awasilah anak-anak kita. Jangan biarkan nasi jadi bubur. Menyesal pun sudah tiada guna. Kita hanya mampu berusaha namun Allah yang menentukan segalanya.









CUKAI PRABAYAR MULAI JULAI ?

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kerajaan dijangka membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telko) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan.


Mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.


Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna.


(Sumber: Utusan Online) 

Monday, March 12, 2012


LAMAN SOSIAL PLATFORM SEKS SONGSANG


KUALA LUMPUR 11 Mac – Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dikesan menjadi antara platform utama yang menyumbang kepada penularan budaya seks songsang di negara ini.


Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggunakan medium dalam talian itu untuk berinteraksi selain mencari pasangan sejenis.


Di laman sosial Facebook sahaja, berpuluh-puluh kumpulan itu dikesan secara terang-terangan mendedahkan identiti songsang mereka dan bertindak mengumpul ahli-ahli baru.


Antaranya Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan; Kelab Gay Malaysia; Persatuan Blogger-Blogger Gay Malaysia; Persatuan Gay Berkumpulan; Persatuan Belia Gay Malaysia dan Persatuan Gay Malaysia.


Kelab-kelab lain yang seumpamanya, termasuk Persatuan Gay Melayu; Persatuan Gay Perak; Kelab Gay Terengganu; Persatuan Gay Sejati; Persatuan Gay Berwibawa; Persatuan Gay Serantau; Persatuan Lesbian dan Gay SeMalaysia dan Persatuan Gay SeMalaysia.

SHAHRIZAT BERUNDUR 




SELEPAS sekian lama dihujani persoalan mengenai kedudukannya dalam kerajaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di ibu negara, Shahrizat dengan tenang menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah keputusannya sendiri.



IMPIAN HATRIK BERKUBUR




LEE CHONG WEI

KUALA LUMPUR - Impian Datuk Lee Chong Wei memburu gelaran hatrik Kejohanan All England tidak kesampaian apabila dia terpaksa berundur sebelum sempat menghabiskan perlawanan akhir dengan seteru utamanya, Lin Dan di National Indoor Arena, Birmingham semalam.


Selepas tewas 19-21 pada set pertama, Chong Wei yang memulakan perlawanan dengan kecederaan bahu kanan, kelihatan agak terbatas pergerakannya pada awal set kedua dan ketika dia ketinggalan pada kedudukan 2-6, pemain No.1 dunia itu memutuskan untuk tidak meneruskan permainan.


Perkembangan itu nyata anti klimaks dan mengecewakan ribuan penonton di stadium serta jutaan peminat badminton di serata dunia yang menanti-nantikan pertembungan epik antara dua jaguh perseorangan terbaik dunia masa kini.
JOM BERAMAI-RAMAI KE PUTRAJAYA !!!