Thursday, March 29, 2012

66 MURID KERACUNAN MAKANAN

UTUSAN MALAYSIA: PULAU PINANG 28 Mac - Seramai 66 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara Perdana, Bayan Lepas dekat sini, keracunan makanan selepas minum susu soya yang dibekalkan sebuah syarikat pengeluar minuman sempena Program Pendidikan Susu Soya di sekolah itu, pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi selepas semua murid tersebut selesai menghadiri taklimat program itu di dewan sekolah.

P/s: makan salah, x makan salah..

Wednesday, March 28, 2012


3 'GADIS TIANG' DIDENDA RM25


UTUSAN - RASAH 28 Mac - Denda maksimum RM25. Itu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini ke atas tiga gadis yang terlibat dalam aksi menari tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.

Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan denda tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian seksi dan melakukan aksi mengghairahkan.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, Nooranishah Mohamad Isa, 19, yang masing-masing memakai baju kurung dan bertudung hanya mengangguk kepala tanda mengaku selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan mengenakan pakaian seksi serta melakukan aksi mengghairahkan selain berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.













Kias Delima: Denda RM25?? lebih kurang sama dengan tawaran tiket murah kapal terbang je???

Friday, March 23, 2012



'LITTLE JAPAN' DI MALAYSIA



JOHOR BAHRU 22 Mac - Global Asia Assets (M) Sdn. Bhd. (GAAM), syarikat perunding bangunan aset bagi pelabur Jepun merancang memajukan perbandaran baru 'Little Japan' yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan pelaburan dijangka melebihi RM500 juta.


Melalui projek yang akan diadakan di Taman Molek di sini, GAAM selaku peneraju projek, berhasrat menarik lebih 2,000 rakyat Jepun untuk menetap, bekerja atau menjalankan perniagaan di negeri ini menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dalam tempoh lima tahun. - (Utusan Malaysia)

Delima: Chinatown n Little India dah ada.. lepas ni Little Japan pulak. Okey jugak kan, kepada sesiapa yang tak pernah ke Jepun, lepas ni tak payah susah hati tunggu promotion tiket murah Air Asia..start enjin, jom buka je langkah ke Johor!
 

SELANGOR TETAP GUNA AIR LOMBONG SEBAGAI ALTERNATIF

Utusan Online: Shah Alam 22 Mac - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan tetap dengan keputusan menggunakan air yang diperoleh dari bekas lombong di negeri ini sebagai sumber alternatif bekalan air.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana kos rawatan air bekas lombong adalah lebih murah berbanding kos rawatan air sungai. 

Delima: Air lombong??

Selangor kenalpasti 17 bekas lombong alternatif sebagai sumber air







NAK MARAH KE, NAK PUJUK BUDAK2 NIE??

Memang memeningkan kepala budak-budak sekarang nie?? Ada yang diculik, tapi ada juga yang dengan sengaja diculik.. pelik tapi benar..  tetapi mesti ada sebab dan musababnya.. apapun, jom baca kisahnya..

KES 1: NORNABILA MAT DAUD 

Dilaporkan hilang, rupa-rupanya ikut kekasih ke Kuantan

KUANTAN 22 Mac - Seorang pelajar berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas    keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit, di Jerantut, di sini Isnin lepas, ditemui bersama teman lelakinya di Kuantan.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supritendan Azid Ismail berkata, pelajar terbabit, Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai mengikut teman lelakinya ke Kuantan, ditemui keluarganya pada pukul 10 malam tadi.

Azid berkata, berdasarkan siasatan awal, pelajar terbabit pernah melarikan diri dari rumah sebelum ini bersama teman lelakinya yang berusia 20-an dan telah berkahwin itu.

KES 1: SITI NUR FATIHAH

Mengaku tidak diculik


KUANTAN 21 Mac - Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.


Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.


Thursday, March 22, 2012

LAGI REMAJA LARI DARI RUMAH??

JERANTUT 21 Mac - Kurang 24 jam seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuantan, sebelum ditemui selamat dan mengaku mengikut teman lelakinya petang semalam, sebuah lagi keluarga di negeri ini turut menerima nasib sama.


Keluarga itu merayu remaja tersebut, Nornabila Mat Yaacob, 15, agar pulang ke pangkuan mereka setelah menghilangkan diri semasa keluar dari rumah bersama rakannya malam kelmarin.


Seperti kisah di Kuantan, Nornabila juga hilang semasa hendak membeli kad tambah nilai di Taman Koperasi di sini.

Wednesday, March 21, 2012

PELAJAR SEKOLAH DICULIK


   

KUANTAN 19 Mac - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dilaporkan diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad nilai tambah prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam.


Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, itu keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya iaitu Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman yang masing-masing berusia 11 tahun.


Ibunya, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, dia terkejut apabila mendapati kedua-dua anaknya itu pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis.


siti nur fatihah hilang diculik 300x224 siti nur fatihah hilang diculik
"Saya bertanya punca mereka menangis dan terperanjat apabila diberitahu kakak mereka (Siti Nur Fatihah) dilarikan orang," katanya di sini hari ini.


Dia dimaklumkan oleh Siti Nurul Aishah, mangsa dilarikan menggunakan sebuah kereta berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali.


Tambahnya, kejadian berlaku ketika mangsa yang bersama dua adiknya itu dalam perjalanan ke kedai.


"Tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang membuka pintu dan menarik Siti Nur Fatihah.


"Kedua-dua adiknya itu cuba membantu menarik kakak mereka namun gagal berbuat demikian," katanya.


Kata Nor Mala, ketika kejadian dia berada di dalam rumah dan memberi izin ketiga-tiga anaknya pergi ke kedai itu.


"Fatihah anak yang baik, dia juga tidak akan ke mana-mana tanpa saya dan keluarga. Saya betul-betul risau," katanya.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar mengesahkan pihaknya menerima laporan kes itu kira-kira pukul 4 petang semalam.


"Siasatan dijalankan sama ada mangsa mengenali suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan di atas kesalahan menculik daripada penjaga yang sah," katanya. 


(Sumber: Utusan Malaysia)