Friday, December 6, 2013

YAKINLAH UMNO TEMPAT BERGANTUNG BAGI RAKYAT DAN NEGARA - NAJIB
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno sahajalah tempat rakyat termasuk orang Melayu boleh bergantung bagi menjamin masa depan mereka dan negara berdasarkan rekod pencapaian parti dan kemampuannya melakar dan melaksanakan transformasi untuk terus berada di hadapan.

Perdana Menteri berkata, rakyat tidak boleh mengharapkan pembangkang untuk menggalas tugasan berat itu kerana mereka lebih berminat untuk mencari kepentingan peribadi yang sempit di samping membuat janji kosong dan menabur fitnah.

Berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Khamis, Presiden Umno itu berkata perhimpunan Umno selama ini sememangnya menjadi platform bagi agenda Melayu dan Bumiputera dijulang dan usul-usul berkaitan diterjemahkan dalam bentuk dasar dan pelan tindakan.

"Di sinilah UiTM (Universiti Teknologi MARA) dimartabatkan, di sinilah nasibpenjawat awam dibela, di sinilah Raja-Raja Melayu terus dipermuliakan, disinilah institusi-institusi Melayu dan Bumiputera diperjuangkan.

"Selain itu, di sinilah kementerian-kementerian strategik yang membelauntung nasib orang Melayu dan Bumiputera digagaskan, di sinilah syiar agamaIslam dipertinggikan, dan di perhimpunan inilah juga orang Melayu menghitungmasa depan keturunan mereka," katanya dalam ucapan dasar bertemakan "MewajahMasa Depan".

Perhimpunan itu dihadiri hampir 3,000 perwakilan parti dari 191 bahagian.

Turut hadir dua bekas perdana menteri dan presiden Umno Tun Dr MahathirMohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Najib yang berbaju Melayu berwarna merah dan bersamping songket merah memberikan analogi Umno seperti besi kersani dalam memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera.

"Seperti besi kersani yang tidak tersepuh dengan saja-saja malah dibakar, dilebur dan diasah menjadi waja yang gagah berani," katanya.

Beliau berkata Umno dan perhimpunan agung parti itu sahajalah tempat utama untuk merungkai persoalan melibatkan orang Melayu seperti:

* Di manakah suka duka bangsa Melayu nak diperbicarakan?
* Di manalah orang Melayu nak mencurah rasa?
* Di manalah lagi orang Melayu ingin merungkai kesumat dan menyulam dendamtentang nasib bangsa.
* Di manalah lagi keluh kesah orang Melayu hendak dizahirkan.

"Kemanalah orang Melayu hendak membawa diri, jika Umno sudah tiada lagi.Kemanalah perginya hati, ke mana hilangnya rasa, kalau perjuangan umat Melayu sudah tidak berkumandang lagi. Relakah kita perjuangan Melayu terhapus di bumi ini?

"Sanggupkah Melayu akhirnya merempat dan terbangsat di tanah sendiri? TanpaUmno dimanakah kita? Tanpa Umno di mana sudahnya Melayu? tanya Najib.

Pembangkang, kata Najib, sebaliknya sanggup menjadi pengkhianat dan petualang kepada kepentingan negara.

Beliau berkata, sebagai contoh, negara kehilangan hampir RM40 bilion pelaburan asing dari Taiwan untuk projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyakdan Petrokimia di Penggerang, Johor, kerana sekumpulan pihak pembangkang telahpergi ke negara berkenaan dan menakut-nakutkan para pelabur.

"Saya ingin bertanya, tidakkah perbuatan pembangkang ini satu pengkhianatankepada rakyat? Tidakkah perbuatan mereka ini satu petualangan kepada kepentingannegara," katanya.

DAP mahu memberhentikan lebih separuh penjawat awam jika mereka memerintahnegara ini dan mereka juga telah menghina penjawat awam sebagai kucing kurap.

"Di kala rakyat Selangor sedang menderita akibat masalah air, sampah sarapdan pelbagai isu yang tidak selesai-selesai, pimpinan kerajaan Selangor sibukpula nak menaikkan gaji masing-masing sehingga 373 peratus," katanya.

Umno, sebaliknya, sentiasa mendahulukan rakyat, menyelesaikan masalah rakyatdan meletakkan kepentingan negara di hadapan.

"Kita bukanlah parti yang suka berbohong dan berdusta, kita bukanlah partiyang jenis cakap tak serupa bikin, kita bukanlah seperti pimpinan pembangkangyang sanggup berbuat apa sahaja sehingga memalsukan kata-kata dan memperdayakanrakyat.

"Bahkan lebih terkutuk daripada itu sampai sanggup berjanji setia untuk menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan rejim zionis dan Israel," katanya.

Malah pembangkang tidak berlapang dada menerima kemenangan Barisan Nasionalpada pilihan raya umum lepas yang mengamalkan sistem "first-past-the-post" diamalkan sejak pilihan raya 1959 lagi iaitu parti pertama mencapai majoriti diisytihar menang.

Untuk kefahaman ramai, Najib memberikan analogi perlawanan badminton "Najibmelawan Anwar atau Anwar melawan Najib".

Dalam set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib kalah 5-21, tetapi set penentu Najib menang 21-16.

"Tentulah dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan, pengadil mengisytiharkanNajib menang. Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana katanya jumlah mata terkumpul beliau adalah 52 berbanding Najib 47. Mana boleh kira macam tu, tak betul tu. Kita ada sistem, kita main ikut set. Siapa menang majoriti, dialah juara," katanya.

Najib menyatakan perkara berkenaan kerana walaupun BN mendapat 112 daripada222 kerusi tetapi pembangkang mendakwa kononnya mereka sepatutnya menubuhkankerajaan pusat kerana memperoleh undi popular 51 peratus. -BERNAMA


Sumber: mStar Online

Thursday, December 5, 2013

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK: RAMAI TAK PUAS HATI

KUALA LUMPUR - Walaupun kerajaan sudah berusaha memberi alasan kenapa kadar tarif elektrik perlu dinaikkan awal bulan depan, banyak pihak masih tidak puas hati dengan tindakan itu.

Apakah perasaan pihak-pihak yang membantah itu, yang meliputi NGO dan pemerhati, boleh dipandang remeh atau diperlekehkan?

Daripada pengalaman lalu, apa yang mereka luahkan ada logiknya dan adalah sesuatu yang wajar sekiranya cadangan mereka diberi perhatian.

Perlu diingat, selepas PRU13 pada 5 Mei lalu, beberapa perubahan telah berlaku.

Yang paling awal dan tentunya yang paling m
enimbulkan keresahan banyak pihak adalah pemotongan subsidi yang menyebabkan RON95 naik 20 sen seliter.

Kenaikan harga petrol itu mempengaruhi peniaga dan pengusaha kenderaan dan lain-lain perkhidmatan segera menaikkan harga barang dan tambang atau meminta kenaikan setengah harga barang dan tambang dipertimbangkan.

Kenaikan harga gula tidak lama lepas itu memaksa banyak lagi peniaga dan pengusaha menaikkan harga barang dan caj perkhidmatan.

Ia tidak berhenti di situ sahaja. Keazaman kerajaan untuk menyuburkan ekonomi melihat penglibatannya dengan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dengan 11 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan penguatkuasa sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

TPP akan dibincangkan di taraf muktamat di Singapura pada 7 Disember ini, sementara GST sudah diumumkan perdana menteri akan dilaksanakan mulai April 2015.

Dengan rancangan itu yang dikhuatiri menambah beban rakyat, apakah mereka boleh dipersoalkan apabila bertanya kenapa harga barang dan caj perkhidmatan perlu dinaikkan?

Maka dengan apa yang berlaku, mereka boleh dimaafkan apabila menjadi bimbang dan meminta kerajaan kaji semua segala yang disusun ini.

Dalam kenaikan kadar tarif elektrik, banyak pihak meminta kerajaan mengkaji semula perjanjian dengan pengeluar tenaga persendirian (IPP) untuk pastikan tindakan yang diambil syarikat-syarikat gergasi yang tidak berpihak kepada pengguna digubal semula.

Apakah setengah NGO yang mewakili pengguna tidak wajar mempersoalkan slogan ‘Rakyat Didahulukan’ atau menyifatkan tindakan menaikkan kadar tarif yang akan membebankan ramai pengguna sebagai tamparan hebat kepada rakyat selepas PRU13?.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) bantah kenaikan kadar tarif elektrik yang diumumkan kerajaan, dengan mendakwa ia akan terus menekan rakyat golongan bawahan yang sudah pun terpaksa berdepan dengan kos sara hidup semakin tinggi.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pelaksanaan tarif baharu mulai 1 Januari 2014 itu tidak selari dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan’ yang sering dibawa oleh kerajaan BN.

Mereka memandang serius perlaksanaan kadar tarif elektrik baharu 15 peratus atau 4.99 sen per kilowatt jam seperti diumumkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kelmarin.

“Kami pandang serius kenaikan 14.9 peratus tarif elektrik. Ini satu tamparan besar kepada rakyat selepas PRU13.

“Ternyata slogan ‘Rakyat Didahulukan’ gah dicanangkan BN adalah pisau bermata dua,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Katanya, mereka mempersoalkan dengan pengurangan subsidi dalam banyak sektor masih tidak cukup untuk menampung sikap belanja tidak berhemah oleh kerajaan.

“Jika jawapannya ya, maka pihak kerajaan perlu bertanggungjawab. Jangan salahkan rakyat jika mereka mengelak cukai walhal pengkhianat sebenar boros berbelanja.

“AMK maklum kerajaan pernah uar-uarkan kajian terperinci akan dibuat berkaitan tarif elektrik ini. Maka dengan pengumuman kenaikan itu,  kami menggesa kerajaan dedahkan dapatan kajian itu kepada umum,” katanya.

Katanya, seorang timbalan menteri kewangan memberitahu Parlimen baru-baru ini, kadar tarif elektrik kekal berikutan kestabilan harga minyak dunia.

“Ia jelas bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Maximus Ongkili kadarnya dinaikkan sebagai rasionalisasi subsidi untuk kukuhkan kedudukan kewangan negara, selain kesan penyelarasan harga gas domestik, gas asli cecair, arang batu dan semakan tarif asas TNB," katanya.


Sumber: Sinar Harian


5 LANGKAH TRANSFORMASI JAMIN UMNO PARTI HARAPAN MASA DEPAN -PRESIDEN
KUALA LUMPUR: Penekanan lima pengisian transformasi Umno, yang digariskan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis bukan sahaja memperteguh tekad Umno untuk muncul sebagai parti harapan masa depan, tetapi juga menjadikan parti terbesar orang Melayu ini kekal relevan.

Lima langkah transformasi ini, menurut penganalisis politik adalah sebagai nilai tambah dan kesinambungan kepada usaha-usaha sebelum ini termasuk lima kekuatan teras parti yang digariskan Perdana Menteri pada Perhimpunan Agung Umno 2011.

Untuk menjadi sebuah parti yang berdaya saing serta mampu menongkah arus meredah zaman, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata Umno mesti terus berusaha meremajakan parti untuk kekal relevan.

Katanya langkah transformasi berkenaan memberi isyarat jelas penetapan hala tuju Umno yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN), selaku parti pemerintah negara.

"Lima perkara ini adalah untuk mengembalikan Umno kepada teras perjuangannya dan Najib menghantar mesej jelas bahawa Umno tak perlu terikut-ikut dengan apa yang ditawarkan pembangkang atau cuba menyaingi pembangkang dengan tawaran balas.

"Sangat penting apabila Najib turut memberi jaminan bahawa Umno tetap komited dalam isu pemerkasaan ekonomi Bumiputera dan mempertahankan akidah Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada Bernama di sini.

Lima pengisian transformasi Umno ialah memperteguh ekonomi Melayu dan Bumiputera; mempertegak maqasid syariah; memperkukuh pengkaderan parti dan mempersiaga jentera transformatif serta menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) parti.

Najib dalam ucapan dasar bertemakan "Mewajah Masa Depan" berkata transformasi Umno tidak akan berjaya sekiranya idea dan perubahan hanya digenggam di peringkat atasan sahaja, malah ia mesti didakap erat setiap anggota parti.

Mohamed Mustafa, yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bagi mengikuti ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2013, berkata Umno sebagai parti orang Melayu dan Bumiputera tidak seharusnya tergugat dengan tuntutan pihak tertentu khususnya pembangkang.

"Inilah kekuatan Umno selama ini kerana ia disokong orang Melayu dan Bumiputera. Perdana Menteri memberi keyakinan kepada orang Melayu bahawa Umno masih komited untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera dengan tidak mengambil hak kaum lain," katanya.

Pada 2011, lima kekuatan teras yang digariskan Najib ialah keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran baharu; pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang sama ada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.

Tiga lagi kekuatan teras ialah Umno sentiasa mengulungi idea atau 'supremacy of ideas' dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat; meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya serta kebolehan Umno untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata sebagai parti utama BN, Umno mesti dapat diterima seluruh rakyat dan berlaku adil.

Dalam merealisasikan wawasan sebagai negara maju pada 2020, beliau menegaskan bahawa transformasi adalah aspek terpenting dan wajib dilakukan untuk memastikan Islam, orang Melayu dan Bumiputera dan Umno tidak tenggelam dalam arus kemodenan negara.

Dalam hal ini, Mohamed Mustafa berkata kebolehupayaan Umno untuk terus wujud dalam pentas politik sehingga Malaysia berjaya mencapai status negara maju, akan menjadi satu pencapaian amat signifikan bagi parti itu.

Berbeza dengan Umno yang sudah berusia 67 tahun, beliau memberi contoh parti politik negara lain yang seusianya hanya 'hidup' sekadar lingkungan usia 50 tahun kerana enggan membuat perubahan dan bersikap tertutup.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Muar Ramlah Ismail berpandangan langkah mentransformasi Umno selari dengan peranannya, yang kini semakin mencabar, mesti dihayati dan diterjemahkan dalam gerak kerja seluruh anggota.

"Kalau kita mahu jadi relevan, kita kena berubah. Kalau kita tak berubah, orang yang akan ubah. Maka lakukan, hayatilah transformasi yang disaran Presiden supaya Umno akan terus mara dan dihormati serta diterima rakyat keseluruhannya," katanya. – BERNAMA


Sumber: mStar Online