YAKINLAH UMNO TEMPAT
BERGANTUNG BAGI RAKYAT DAN NEGARA - NAJIB
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno sahajalah
tempat rakyat termasuk orang Melayu boleh bergantung bagi menjamin masa depan
mereka dan negara berdasarkan rekod pencapaian parti dan kemampuannya melakar
dan melaksanakan transformasi untuk terus berada di hadapan.
Perdana Menteri berkata, rakyat tidak boleh mengharapkan
pembangkang untuk menggalas tugasan berat itu kerana mereka lebih berminat
untuk mencari kepentingan peribadi yang sempit di samping membuat janji kosong
dan menabur fitnah.
Berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Khamis,
Presiden Umno itu berkata perhimpunan Umno selama ini sememangnya menjadi
platform bagi agenda Melayu dan Bumiputera dijulang dan usul-usul berkaitan
diterjemahkan dalam bentuk dasar dan pelan tindakan.
"Di sinilah UiTM (Universiti Teknologi MARA) dimartabatkan,
di sinilah nasibpenjawat awam dibela, di sinilah Raja-Raja Melayu terus
dipermuliakan, disinilah institusi-institusi Melayu dan Bumiputera
diperjuangkan.
"Selain itu, di sinilah kementerian-kementerian
strategik yang membelauntung nasib orang Melayu dan Bumiputera digagaskan, di
sinilah syiar agamaIslam dipertinggikan, dan di perhimpunan inilah juga orang
Melayu menghitungmasa depan keturunan mereka," katanya dalam ucapan dasar
bertemakan "MewajahMasa Depan".
Perhimpunan itu dihadiri hampir 3,000 perwakilan parti dari
191 bahagian.
Turut hadir dua bekas perdana menteri dan presiden Umno Tun
Dr MahathirMohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Najib yang berbaju Melayu berwarna merah dan bersamping
songket merah memberikan analogi Umno seperti besi kersani dalam memperjuangkan
hak dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera.
"Seperti besi kersani yang tidak tersepuh dengan
saja-saja malah dibakar, dilebur dan diasah menjadi waja yang gagah
berani," katanya.
Beliau berkata Umno dan perhimpunan agung parti itu
sahajalah tempat utama untuk merungkai persoalan melibatkan orang Melayu
seperti:
* Di manakah suka duka bangsa Melayu nak diperbicarakan?
* Di manalah orang Melayu nak mencurah rasa?
* Di manalah lagi orang Melayu ingin merungkai kesumat dan
menyulam dendamtentang nasib bangsa.
* Di manalah lagi keluh kesah orang Melayu hendak
dizahirkan.
"Kemanalah orang Melayu hendak membawa diri, jika Umno
sudah tiada lagi.Kemanalah perginya hati, ke mana hilangnya rasa, kalau
perjuangan umat Melayu sudah tidak berkumandang lagi. Relakah kita perjuangan
Melayu terhapus di bumi ini?
"Sanggupkah Melayu akhirnya merempat dan terbangsat di
tanah sendiri? TanpaUmno dimanakah kita? Tanpa Umno di mana sudahnya Melayu? tanya
Najib.
Pembangkang, kata Najib, sebaliknya sanggup menjadi
pengkhianat dan petualang kepada kepentingan negara.
Beliau berkata, sebagai contoh, negara kehilangan hampir
RM40 bilion pelaburan asing dari Taiwan untuk projek Pembangunan Bersepadu
Penapisan Minyakdan Petrokimia di Penggerang, Johor, kerana sekumpulan pihak
pembangkang telahpergi ke negara berkenaan dan menakut-nakutkan para pelabur.
"Saya ingin bertanya, tidakkah perbuatan pembangkang
ini satu pengkhianatankepada rakyat? Tidakkah perbuatan mereka ini satu
petualangan kepada kepentingannegara," katanya.
DAP mahu memberhentikan lebih separuh penjawat awam jika
mereka memerintahnegara ini dan mereka juga telah menghina penjawat awam
sebagai kucing kurap.
"Di kala rakyat Selangor sedang menderita akibat
masalah air, sampah sarapdan pelbagai isu yang tidak selesai-selesai, pimpinan
kerajaan Selangor sibukpula nak menaikkan gaji masing-masing sehingga 373
peratus," katanya.
Umno, sebaliknya, sentiasa mendahulukan rakyat,
menyelesaikan masalah rakyatdan meletakkan kepentingan negara di hadapan.
"Kita bukanlah parti yang suka berbohong dan berdusta,
kita bukanlah partiyang jenis cakap tak serupa bikin, kita bukanlah seperti
pimpinan pembangkangyang sanggup berbuat apa sahaja sehingga memalsukan
kata-kata dan memperdayakanrakyat.
"Bahkan lebih terkutuk daripada itu sampai sanggup
berjanji setia untuk menyokong segala usaha demi melindungi keselamatan rejim
zionis dan Israel," katanya.
Malah pembangkang tidak berlapang dada menerima kemenangan
Barisan Nasionalpada pilihan raya umum lepas yang mengamalkan sistem
"first-past-the-post" diamalkan sejak pilihan raya 1959 lagi iaitu
parti pertama mencapai majoriti diisytihar menang.
Untuk kefahaman ramai, Najib memberikan analogi perlawanan
badminton "Najibmelawan Anwar atau Anwar melawan Najib".
Dalam set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib
kalah 5-21, tetapi set penentu Najib menang 21-16.
"Tentulah dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan,
pengadil mengisytiharkanNajib menang. Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana
katanya jumlah mata terkumpul beliau adalah 52 berbanding Najib 47. Mana boleh
kira macam tu, tak betul tu. Kita ada sistem, kita main ikut set. Siapa menang
majoriti, dialah juara," katanya.
Najib menyatakan perkara berkenaan kerana walaupun BN
mendapat 112 daripada222 kerusi tetapi pembangkang mendakwa kononnya mereka
sepatutnya menubuhkankerajaan pusat kerana memperoleh undi popular 51 peratus.
-BERNAMA
Sumber: mStar Online
No comments:
Post a Comment