SABOTAJ PELABURAN, PEMBANGKANG KHIANATI PENYOKONG SENDIRI - AHMAD ZAHID
KUALA LUMPUR: Tindakan pembangkang menakut-nakutkan pelabur
Taiwan sehingga menyebabkan negara kehilangan peluang pelaburan asing bernilai
RM40 bilion bukan sahaja pengkhianatan terhadap negara tetapi juga penyokong
dan pengundi mereka.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata
meskipun berbeza ideologi politik, pembangkang seharusnya dapat membezakan dan
mengutamakan kepentingan negara serta tidak melakukan sabotaj kepada pelaburan
yang dapat menjana pendapatan negara.
"Sepatutnya dalam apa jua keadaan, mereka tidak patut
menghalang kemasukanpelabur, seperti di Pulau Pinang yang dikuasai pembangkang,
kerajaan pusat tidakpernah menyekat pelaburan ke sana.
"Apatah lagi dalam keadaan kemasukan pelabur ke
Pengerang (Johor), kawasanyang hendak kita perkasakan industri petroleum,"
katanya kepada pemberitaselepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno
oleh Presiden parti DatukSeri Najib Tun Razak, Khamis.
Ahmad Zahid berpendapat pembangkang memainkan isu alam
sekitar untuk sabotaj usaha tersebut dan menyifatkan tindakan itu sebagai
sesuatu yang 'menjijikkan'.
"Mereka patut menyokong syarikat minyak negara
Petronas. Jika mereka tidakboleh berbuat begitu, mereka patut diam dan bukannya
menakutkan pelabur daripadadatang ke Malaysia," katanya.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment