UMNO TERUS TERAJUI
TRANSFORMASI PARTI, EKONOMI DAN NEGARA - NAJIB
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno akan
terus melakukan transformasi untuk mendukung aspirasi rakyat termasuk orang
Melayu selain menjaga kepentingan ekonomi dan negara.
Perdana Menteri menyifatkan kelahiran Umno pada 11 Mei 1946
sebagai transformasi pertama yang besar lagi unggul bagi bangsa Melayu dan
pembikinan negara ini.
Najib, yang juga presiden Umno, menegaskan parti itu telah
mempelopori transformasi ekonomi negara sebagai jawapan kepada transformasi
yang berlaku di peringkat global.
"Kepimpinan Umno bukan saja komited malah percaya hanya
dengan melakukantransformasi kita akan terus relevan dan menjadi peneraju
kepada hala tujunegara," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno
ke-64 di sini pada Khamis.
Beliau bagaimanapun berkata transformasi Umno tidak akan berjaya
sekiranyaidea dan perubahan hanya digenggam di peringkat atasan sahaja kerana
iaseharusnya didakap erat oleh setiap anggota Umno.
Menegaskan Umno sedang menjalankan sebuah transformasi yang
sebenar secarainklusif, Najib berkata ini dapat dilihat melalui, antara lain,
pelantikananggota tambahan Majlis Kerja Tertinggi Umno yang mewakili generasi
muda, cerdikpandai, golongan agamawan dan teknokrat.
Dalam ucapan dasarnya bertema 'Mewajah Masa Depan' itu,
beliau berkata pucukpangkalnya, setiap anggota Umno adalah ejen transformasi
yang mencerminkan halatuju baharu siasah politik negara.
"Umno harus memperkukuh kuda-kuda dan memperkemas
kisi-kisi untuk menongggakBarisan Nasional (BN) dan negara supaya kita bukan
saja boleh terus mentadbirlima tahun akan datang, malah mudah-mudahan kita akan
terus menjadi juara bagitempoh 50 malahan 100 tahun akan datang," katanya.
Berucap di hadapan hampir 3,000 perwakilan Umno dari seluruh
negara, Najib berkata walaupun Kedah berjaya ditawan semula BN pada pilihan
raya umum lepas selain mengukuhkan kembali kedudukannya di Perak, masih banyak
lagi kerja yang belum selesai.
"Di perhimpunan ini, kita memperbaharui tekad dan
menggagas semula formula kejayaan berteraskan lima pengisian transformasi
Umno," katanya.
Menurut Najib, pengisian transformasi itu merangkumi usaha
memperteguh ekonomi Melayu dan Bumiputera; mempertegak 'Maqasid Syariah';
memperkukuh pengkaderan parti; mempersiaga jentera transformatif; dan
menetapkan Petunjuk Prestasi Utama atau KPI Umno.
Menyentuh usaha memperteguh ekonomi Melayu dan Bumiputera,
beliau berkata iasewajibnya menjadi agenda teras nasional berdasarkan kedudukan
mereka sebagaikaum majoriti.
"Apa guna jika negara kita maju tetapi rakyat
majoritinya terpinggir dan tidak terbela...pokoknya selagi ada bulan dan
bintang, selagi hayat dikandungbadan, agenda pemerkasaan Melayu dan Bumiputera
tetap akan kita perjuangkan,"katanya.
Mengenai pegangan kepada prinsip Maqasid Syariah yang
membela dan memeliharalima tunjang utama iaitu agama, nyawa, akal, harta dan
keturunan, Najib berkataUmno tidak pernah berhenti memperjuang ketertinggian
Islam dan syiarnya.
Selain itu, beliau menarik perhatian bahawa kini berlaku
gelombang yang menyaksikan orang muda dekat kepada agama dan orang yang sudah berpencen
mula berjinak dengan surau dan masjid.
"Justeru, anggota Umno rajin-rajinlah mendekati
golongan ini. Eloklah jugaramai-ramai memakmurkan masjid dan surau,"
katanya.
Mengulas mengenai program pengkaderan parti, perdana menteri
berkata ia hendaklah menyelitkan aspek seperti kreativiti, kemahiran insaniah,
budaya berfikir tinggi serta memahirkan mereka dengan teknologi terkini.
Ini bertujuan memudahkan penyampaian dasar-dasar parti dan
kerajaan supayaditerima rakyat serta responsif dalam menyelami dan
menyelesaikan masalah akarumbi.
"Program pengkaderan terutama melibatkan generasi muda
bagi menghadapipilihan raya akan datang tidak boleh ditangguh-tangguh lagi. Ini
supaya Umnodapat melahirkan pemimpin yang komited dan istiqamah dalam
perjuangan," katanya.
Menyentuh keperluan mempersiaga jentera transformatif Umno,
Najib berkataUmno mesti menguasai medium baharu seperti Facebook dan telefon
pintar untukmenyampaikan risalah-risalah Umno, mempertahan dasar-dasar parti
dan kerajaanserta melawan tuduhan pembangkang.
"Malah, saya percaya telefon pintar akan menjadi
instrumen paling besardalam penentuan kalah menang pilihan raya akan datang.
Kita tidak bolehketinggalan dan membiarkan pembangkang berwenang-wenang,"
katanya.
"Suka atau tidak, kita tidak boleh tidak menjadi pelaku
utama kepada teknologi ini. Hakikatnya ialah dalam dunia politik, selalunya
persepsi lebih penting daripada realiti. Mahu tidak mahu kita harus
menanganinya," kata Najib.
Mengenai pengisian transformasi melalui penetapan KPI Umno,
Perdana Menteri berkata ia akan diperkenalkan di peringkat cawangan, bahagian
dan negeri.
"Melalui penetapan KPI ini kelak, barulah kita akan
lebih bersedia untukmemenangi kerusi-kerusi Parlimen dan dewan undangan negeri
(DUN) yang kita tewasbaru-baru ini di samping mengekal dan mengukuhkan
kedudukan di kawasan yangdimenangi sebelum ini dan selanjutnya merangka pelan
gerak kerja untuk menawankubu lawan," katanya.
Najib berkata beliau mahu setiap cawangan, bahagian dan
negeri dipantau dan diaudit secara berkala untuk dinilai prestasi dan
pencapaian mereka.
Melalui kaedah ini, katanya, sebarang isu, masalah atau
ketidakpatuhan yangberlaku boleh dikesan dan tindakan korektif diambil dengan
segera.
"KPI ini menjadi pengukur objektif sebagai kad laporan
kepada kepimpinanparti. Turunlah ke kawasan, berjumpalah dengan pengundi,
buktikan kepadamasyarakat Umno adalah parti yang serius membela dan berkhidmat
untuk rakyat,"katanya.-BERNAMA
Sumber: mStar Online
No comments:
Post a Comment