Kepada
sesiapa yang terlepas detik indah ciptaan Tuhan ini…
Tuesday, June 5, 2012
BERLALUNYA GERHANA BULAN SEPARA
Fenomena
falak iaitu gerhana bulan separa ini dapat
dilihat di Pulau Mabul di Semporna, Sabah pada hari Isnin (4 Jun 2012)
bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam tadi.
3.6 JUTA PENGUNDI BELUM DAFTAR
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) resah dengan sikap dingin 3.6 juta rakyat negara ini yang
layak mengundi tetapi masih gagal mendaftarkan diri sebagai pengundi menjelang
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa
dari sekarang.
Daripada
jumlah itu, Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 600,000 orang diikuti
beberapa negeri termasuk Johor (492,454), Wilayah Persekutuan (360,000), Perak
(lebih 300,000) dan Kelantan (kira-kira 200,000).
Timbalan
Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Terengganu merupakan negeri
terendah dengan catatan hanya 46,000 orang yang belum berbuat demikian.
Sumber: http://www.utusan.com.my
PLAT WWW: MENTERI BIDA GUNA WANG
RAKYAT?
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mendakwa pihaknya kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.
Baginya,
sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan
kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa
saja tindakan dianggap punya rasional belaka.
Katanya,
baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan
mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia
di Putrajaya. Beliau menambah, walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta
namun imej kerajaan sangat dipersoalkan.
Sumber: http://bm.harakahdaily.net/
SELANGOR PALING RAMAI BELUM DAFTAR
MENGUNDI
KUALA
TERENGGANU – Seramai 600,000 rakyat Selangor yang layak untuk mengundi pada
Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang masih belum mendaftar sebagai pengundi
hingga hari ini.
Timbalan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata,
bilangan tersebut sekaligus menjadikan negeri itu paling ramai orang yang layak
mengundi tetapi belum mendaftar.
“Selangor
mencatat jumlah layak mengundi belum mendaftar tertinggi dengan angkanya
mencecah 600,000 orang daripada dua juta yang layak di negeri itu. Secara
keseluruhan terdapat 3.65 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pemilih
daripada 16.5 juta yang layak di seluruh negara,” katanya di sini hari ini.
Mengulas
lanjut, Wan Ahmad berkata, bagaimanapun negeri lain seperti Johor, Kuala
Lumpur, Perak dan Kelantan juga tidak terkecuali dalam hal itu kerana SPR
mendapati masih ramai yang layak belum mendaftar.
Menurut
beliau, terdapat hampir 500,000 orang belum mendaftar sebagai pemilih di Johor
diikuti Kuala Lumpur seramai 350,000 orang dan Kelantan 200,000 orang.
Namun,
katanya, beliau kagum dengan Terengganu kerana jumlah pengundinya yang belum
mendaftar cuma sekitar 46,000 orang.
Sumber: http://mynewshub.my
HIMPUNAN HIJAU vs HIMPUNAN BELIA
Perbandingan
antara Himpunan Hijau dan Himpunan Sejuta Belia dari kacamata Bob Lokman - @ http://bm.harakahdaily.net
Monday, June 4, 2012
BLOG DAKWA KERAJAAN BAYAR RM2.4 JUTA UNTUK ARTIS
K-POP
KUALA LUMPUR
1 Jun: Sebuah blog mendedahkan kerajaan membayar RM2.4 juta untuk menganjurkan persembahan
artis pop Korea pada sambutan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya baru-baru ini.
Jumlah itu
sebahagian daripada bayaran tuntutan sebanyak RM15 juta yang dibuat Stadium
First, syarikat yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan program tersebut.
Manakala kos
untuk memanggil artis tempatan pula melibatkan RM1.8 juta, berdasarkan dokumen
tuntutan perbelanjaan yang diperoleh blog terbabit.
Blog bernama
anaksungaiderhaka.blogspot itu turut menyiarkan dokumen daripada syarikat
berkenaan yang menuntut sebahagian bayaran berjumlah RM10,613,993 daripada
jumlah keseluruhan kos.
Sumber:
http://www.keadilandaily.com
DR M: KEBEBASAN INTERNET
PERLU ADA BATASNYA
Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/
KUALA LUMPUR, 3 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamad
menggesa Putrajaya supaya memikirkan kembali berkenaan kebebasan Internet, yang
mana sebelum ini beliau berkata Internet tidak perlu disekat.
Mantan perdana menteri itu berkata, kerajaan perlu
dibenarkan mencari jalan menapis kekotoran yang masuk melalui internet dan
mengambil tindakan.
“Negara perlu dibenarkan menapis segala kekotoran
yang masuk melalui Internet. Sudah tentunya jika boleh ada kawalan ia baik.
“Tetapi jika peraturan itu dilanggar, perlu ada
kuasa untuk menguatkuasa dan menghukum,” katanya.
Beliau yang berkhidmat sebagai perdana menteri
selama dua dekad hingga tahun 2003 sebelum ini berkata, Malaysia tidak akan
mengadakan sekatan terhadap Internet sebagai sebahagian usaha kerajaan
pimpinannya pada masa itu membangunkan Multimedia Super Corridor.
Beliau turut mengulangi kenyataan sama pada Sidang
Kemuncak Tahunan Ketiga Pemimpin Pelajar Malaysia pada Ogos tahun lalu,
walaupun mencadangkan tindakan disiplin dikenakan terhadap pesalah Internet.
“Sebagai contoh, terlalu banyak keganasan yang
divetuskan oleh Internet.
“Untuk itu, saya rasa kita ada hak untuk
mengharamkan, tapi, saya rasa dari segi politiknya, jika tidak berlaku perkara
itu, ia tidak perlu ditapis,” katanya sebelum ini dipetik Bernama.
Bagaimanapun, perdana menteri yang pernah memerintah
negara ini selama 22 tahun dan masih lagi berpengaruh berkata, beliau pada
ketika itu tidak menyedari keupayaan sebenar Internet.
“Apabila saya katakan tidak perlu ada penapisan
Internet, saya benar-benar tidak menyedari kuasa Internet, kuasa untuk
menurunkan nilai moral, menimbulkan masalah, dan kemarahan.
“Oleh itu, kita perlu memikirkan semula kebebasan
mutlak yang diberikan kepada Internet,” katanya.
Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/
Subscribe to:
Comments (Atom)