Demokrasi
hanya boleh dilaksanakan apabila rakyat mengetahui tentang batasannya, kata
bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Apabila
rakyat fikir hanya kebebasan dalam demokrasi dan tidak tahu tentang
tanggungjawab yang tersirat, maka demokrasi tidak akan memberi manfaat seperti
yang dijanjikan.
“Sebaliknya,
ia akan menyebabkan ketidakstabilan yang menyekat pembangunan,” kata Dr
Mahathir yang menyampaikan ucapannya pada majlis konvokesyen khas di Universiti
Santo Toma di Manila, Ahad.
Dr Mahathir
berkata, beliau hanya merujuk tentang apa yang diperhatikan di Malaysia dan
negara-negara lain terutama bagi demokrasi yang baru, di mana katanya, ia
sedaya-upaya untuk mengamalkan demokrasi yang hanya menerima keputusan negatif.
“Salah satu
daripada negara-negara berkenaan tidak mampu untuk maju kerana terlalu banyak
demokrasi,” kata beliau.
“Kerajaan
belum dipilih dan mereka mengadakan demonstrasi dan bantahan umum yang menuduh
kerajaan tidak betul. Kerajaan perlu menangani kekacauan ini.
Gangguan ini
juga merupakan sesuatu yang serius kerana boleh menyebabkan kerajaan baru
berundur, di mana Dr Mahathir berkata, ia menyebabkan pilihan raya yang baru
akan diadakan, yang hanya memberikan keputusan yang sama.
“Kenapa
demokrasi tidak memberikan kehidupan yang baik seperti yang dijangkakan,” soal
Dr Mahathir.
“Adalah
jelas bahawa mustahil bagi rakyat untuk mengawal diri mereka. (Dan) mereka
terlalu ramai dan tidak bersetuju tentang semuanya. Kerajaan di kalangan
rakyat, diuruskan oleh rakyat dan akhirnya akan menjadi buntu, yang tiada
kerajaan, dalam anarkinya.”
“Jadi apa
yang kita lakukan?” soal Dr Mahathir. “Adakah kita menerima kegagalan
demokrasi, atau adakah kita akan melakukan perubahan dan mengorbankan beberapa
liberalisme dalam demokrasi supaya kita dapat menghasilkan sesuatu daripada
sistem itu?”
“Saya akui
bahawa Malaysia bukan demokrasi yang liberal,” kata beliau.
“Kita
melihat dasar demokrasi sebagai ‘jalan mudah’ untuk mengubah kerajaan. Tiada
revolusi, tiada perang saudara. Hanya mengundi dan kerajaan akan akan
diturunkan atau dilantik semula menuruk pilihan rakyat.”
Dr Mahathir
berkata, di Malaysia, calon-calon daripada parti pembangkang boleh menang dan
telah menawan banyak kerajaan negeri.
Secara
jelasnya, beliau berkata, jika rakyat mahu, mereka boleh ‘menumbangkan’ parti
pemerintah di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.
Sumber: http://mstar.com.my
No comments:
Post a Comment