Menteri
Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, beliau bimbang dengan laporan pembabitan
diplomat asing pada demonstrasi jalanan seperti demonstrasi yang disokong oleh
pembangkang di ibu negara pada 28 April lalu.
Sama ada
pembabitan itu benar-benar untuk mengumpul maklumat atau sebaliknya, katanya ia
pasti bukan satu langkah yang bijak.
Katanya,
beliau bimbang bahawa langkah sedemikian mungkin membawa kepada beberapa
persepsi negatif.
"Lebih
buruk lagi, diplomat mungkin terlibat atau cedera dalam kejadian malang
memandangkan keadaan demonstrasi jalanan yang tidak terkawal.
"Sekiranya
ia berlaku, keadaan mungkin agak rumit, bukan sekurang-kurang daripada segi
dipersalahkan pembahagian dan tanggungjawab."
Dipetik
Bernama, Anifah berkata, diplomat harus sentiasa sedar sensitiviti dengan cara
negara di rantau ini mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain.
Sumber:
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment