KUALA
LUMPUR: Pelaksanaan ujian memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik
yang sepatutnya dilaksanakan bulan lalu terpaksa ditangguhkan, kata Timbalan
Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.
Beliau
berkata, penangguhan itu disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan
peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras
dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.
"Kurikulum
baru sudah tersedia dan kita jangkakan pelaksanaan ujian mungkin dibuat dalam
tahun ini juga," katanya.
Abdul Rahim
berkata, peruntukan yang diperlukan untuk mencetak buku dan membeli peralatan
adalah kira-kira RM5 juta.
Sebelum ini,
kerajaan mengumumkan cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi
ujian memandu akan dilaksanakan pada bulan Mei sebagai langkah memudahkan lebih
ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur
dan wanita.
Kurikulum
baru itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan
berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan
pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya. - BERNAMA
KD: Setiap perubahan pastinya mengambil masa. Jangan pula terburu-buru kerana dikhuatiri sebarang tindakan drastik akan memberi kesan atau mengganggu gugat kelancaran proses ujian memandu yang sedia ada.
KD: Setiap perubahan pastinya mengambil masa. Jangan pula terburu-buru kerana dikhuatiri sebarang tindakan drastik akan memberi kesan atau mengganggu gugat kelancaran proses ujian memandu yang sedia ada.
No comments:
Post a Comment