Tanggungjawab
seseorang pengundi bukan sekadar memilih pemimpin untuk penggal pilihan raya
selama lima tahun, tetapi juga berfikir dan menilai secara kritis sebelum
membuat keputusan yang begitu penting apabila berdepan dengan kertas undi.
Pengundi
perlu dididik supaya mengenali calon yang bertanding serta memahami isu yang
perlu diberi perhatian, kata Hasbeemasputra Abu Bakar, penyelaras projek Pusat
Rakyat LoyarBurok (PRLB).
Menurut Hasbeemasputra, berdasarkan
satu kaji selidik di Hulu Langat, ramai daripada mereka tidak kenal pun siapa
anggota parlimen kawasan mereka. Kaji selidik itu dijalankan di Hulu Langat kerana kawasan berkenaan
mempunyai demografi pecahan pengundi yang paling hampir dengan demografi
nasional – 52.7 peratus Melayu, 36.2 peratus Cina dan 10.6 peratus India.
“Kami pilih
kawasan itu kerana ia dikatakan tidak mempunyai ramai pengundi yang mengalih
sokongan pada pilihan raya umum 2008 dan berdasarkan pemerhatian kami,
sesetengah pengundi juga kecewa kerana beberapa janji pilihan raya tidak
dikotakan,” katanya.
Oleh itu,
kata beliau, orang ramai perlu dididik tentang cara untuk membina rangkaian dan
membuat keputusan tentang perkara yang boleh membawa perubahandalam kehidupan
mereka.
“Ia tidak
boleh sebaliknya di mana wakil rakyat yang dipilih menasihati anda tentang apa
yang patut dilakukan. Anda perlu mengenali pemimpin anda sebelum anda mendengar
nasihat mereka.
“Ini kerana,
demokrasi bukan sekadar mengundi, tetapi juga mengenai tugas pengundi untuk
mengetahui perkara ‘sebelum dan selepas’ proses pengundian.
“Warganegara
wajar diberi pendidikan dalam hal berkaitan mengundi kerana rakyat tidak suka
mengundi secara membuta tuli,” katanya.
No comments:
Post a Comment