31 JULAI - SELAMAT
HARI PAHLAWAN..
Sambutan Hari
Pahlawan diraikan pada 31 Julai 2012 bertujuan untuk memupuk semangat patriotik
dan cintakan negara khususnya di kalangan masyarakat Malaysia supaya
memperingati perjuangan dan pengorbanan para pahlawan negara dengan bertemakan
"Pahlawan Perkasa Rakyat Sejahtera".
Apa itu
Pahlawan?
Kamus Dewan
menterjemahkan ‘pahlawan’ adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang
gagah, perwira yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari
memperingati pahlawan yang terkorban.
Jika mengambil
kira ungkapan ‘orang yang gagah dan berani dan telah terkorban’ kerana
mempertahankan kedaulatan negara dari dijajah oleh anasir luar atau cubaan dari
anasir dalaman yang berhaluan kiri dan kumpulan-kumpulan yang ingin
mengkucarkacirkan kestabilan negara. Walaupun ianya bergerak tidak dalam
kumpulan anggota berunifom atau seumpamanya, maka selayaknya mereka juga
digelar pahlawan.
Pahlawan-pahlawan
negara seharusnya dikenang oleh sejarah Malaysia yang telah terlebih dahulu
mencipta ketamadunan negara Malaysia dan sekali gus adalah bangsa tuan kepada
bumi ini yang berhak mendapat hak-hak keistimewaan. Kemasukan bangsa-bangsa
asing, bermastautin dan diterima sebagai warganegara Malaysia selepas itu dan
secara tidak langsung ikut sama terlibat di dalam perjuangan pembebasan dan
kematian mereka juga telah diiktiraf dan tidak dinafikan jasa mereka kepada
negara.
Ini bermakna,
negarawan, ahli-ahli politik malah juga orang-orang persaorangan atau pun
kumpulan yang bermandi darah dan keringat, berjuang dengan cara masing-masing
dengan hasrat yang sama iaitu untuk membebaskan bumi Malaysia dari cengkaman
penjajah dan pertualang-pertualang yang mengkhianati bangsa dan negara sendiri
demi kelangsungan ideologi dan perjuangan mereka untuk menjadikan negara ini
bukan sebuah negara demokratik adalah merupakan dari kelompok pahlawan.
Oleh kerana
mereka berjuang bukan atas nama mana-mana organisasi berunifom, adalah menjadi
sukar untuk mengesan jejak-jejak mereka untuk sama-sama didokumentasikan
sebagai pejuang sebaris dengan pahlawan-pahlawan yang tersenarai dalam rekod
sejarah negara.
Jasa &
pengorbanan
Walau apa pun
tafsiran, jasa dan pengorbanan mereka yang tiada tolok banding nilainya di sisi
sejarah telah menjadi titik tolak kepada kecemerlangan pembangunan negara hari
ini. Mereka datang bukan hanya dari satu bangsa majoriti malah mewakili
bangsa-bangsa minoriti yang lain.
Sejarah
perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berjuang samada di era sebelum merdeka
maupun pasca merdeka dikenang sampai hari ini. Tugu peringatan sebagai lambang
penghormatan negara kepada perwira dan perajurit yang sanggup mengorbankan
nyawa mereka demi kestabilan dan keamanan tanahair.
Mengambil
semangat dari pengiktirafan konvensyen ini dengan tamatnya peperangan dunia
kedua yang dikenang di seluruh dunia maka tarikh ini telah ditetapkan oleh
kerajaan pimpinan Yang Teramat Mulia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana
Menteri Malaysia yang pertama untuk memperingati jasa perajurit dan polis yang
terlibat secara langsung di dalam kemelut perebutan dengan beberapa pihak yang
berkepentingan yang berlarutan sehingga bertahun-tahun selepas Malaysia
merdeka.
Kempen
Kempen Hari
Pahlawan hari ini telah menjadi tradisi dan sinonim sebagai acara penting
samada di peringkat nasional maupun negeri-negeri, sebagai mengenang jasa
pahlawan. Mengambil iktibar dari suasana semasa di dalam negara yang berkaitan
dengan sejarah pertahanan dan kemerdekaan, adalah sangat bererti jika mulai
tahun ini dan tahun-tahun mendatang, sambutan Hari Pahlawan diisi dengan
menampilkan pahlawan-pahlawan yang masih hidup ini ke tengah masyarakat dengan
program-program patriotik yang lebih menyeluruh.
Baru-baru ini,
majlis Pelancaran Kempen Rayuan Hari Pahlawan (RHP) 2012 telah dirasmikan oleh
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Kempen RHP2012
ini selama tiga bulan, bermula 15 Julai sehingga 15 Oktober 2012.
Dalam pelancaran
tersebut secara rasminya, dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk
turut serta dalam menghargai pahlawan-pahlawan negara yang telah menyumbangkan
bakti kepada negara dengan menghulurkan sumbangan kepada Tabung Rayuan Hari
Pahlawan. Setiap penderma akan diberikan
sekuntum Bunga Raya sebagai simbol Rayuan Hari Pahlawan ini dan ianya dipakai
sepanjang tempoh kutipan dilaksanakan.
Melalui kempen
ini, dana dapat dikumpul untuk Tabung Kebajikan
bekas-bekas tentera dan keluarga mereka yang memerlukan, terutamanya
keluarga prajurit yang terkorban demi mempertahankan negara.
Akhir kata,
terima kasih Pahlawan Negara. "Pahlawan Perkasa Rakyat Sejahtera".
No comments:
Post a Comment