Tindakan Datuk
Seri Lajim Ukin meletak kesemua jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN)
mampu memanaskan lagi suasana politik di negara ini.
Timbalan Ketua
Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani tidak menolak kemungkinan
besar pemimpin itu akan menyertai pembangkang tidak lama lagi dan mampu
mengubah landskap politik di Sabah dan Sarawak, yang didakwa sebagai talian
hayat Umno dan BN.
“Beliau
merupakan orang lama dalam Umno dan juga Timbalan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan. Mungkin perubahan dilakukan itu adalah atas kesedaran
politik memandangkan BN tiada keyakinan bantu masyarakat di Sabah dan Sarawak,”
katanya.
Azman Shapawi
yang tidak menolak tindakan Lajim itu akan disusuli pemimpin-pemimpin Umno dan
BN Sabah yang lain.
Beliau turut
menaruh keyakinan bahawa sebahagian penyokong Lajim juga akan mengikuti parti
yang menjadi pilihan pimpinan itu nanti.
“Senario ini
sebagaimana artis iaitu apabila seorang menyertai pembangkang, yang lain pun
akan menyusul. Yang membezakan adalah cepat atau lambat,” katanya.
Beliau turut
meramalkan keadaan itu akan berjangkit kepada pemimpin di Sarawak, lebih-lebih
lagi apabila berlaku kebangkitan terhadap pembangkang sebagaimana ditunjukkan
rakyat dalam pilihan raya kecil di Parlimen Sibu yang dianggap kemenangan luar
jangkaan di pihak pembangkang.
“Kita lihat
apa yang berlaku ini sebagai perkara positif terhadap PR dan landskap politik
negara,” katanya. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment