Pemuda Umno dakwa Pas berlakon bela rakyat isu
royalti
Kota Bharu - Pemuda
Umno Kelantan menyifatkan isu tuntutan royalti minyak sengaja dimainkan Pas
negeri ini bagi menunjukkan seolah- olah parti itu membela nasib rakyat.
Bendahari
Pemuda Umno Kelantan, Datuk Bazlan Baharudin berkata, rakyat negeri ini
sebenarnya sudah memahami hasrat Kerajaan Pusat yang tidak mahu wang royalti
tersebut nanti diagih secara tidak adil.
Beliau
berkata, hanya pemimpin Pas suka membuat ‘bising’ untuk menggambarkan parti itu
berjuang demi nasib rakyat.
“Kerajaan
Pusat tidak mahu wang royalti ini nanti diagih secara tidak sama rata sekiranya
menerusi Kerajaan Negeri. Saya percaya rakyat Kelantan sudah faham hasrat
kerajaan.
“Di sini
pemimpin-pemimpin Pas yang ‘bising’ ingin menampakkan macam hendak bela nasib
rakyat,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Bazlan berkata
demikian bagi mengulas kenyataan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang
mengulangi pendiriannya supaya Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan isu
royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan raya Umum Ke-13
(PRU13).
Dalam
kenyataan itu Razaleigh turut tidak menafikan hak rakyat Kelantan mendapat
royalti tersebut berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Sehubungan
itu, Bazlan yang juga Ketua Pemuda Umno Gua Musang turut bersetuju dengan
Tengku Razaleigh bahawa royalti petroleum merupakan hak rakyat negeri ini.
Bagaimanapun,
beliau berkata Kerajaan Pusat berhak untuk mengubah cara pembayaran royalti
menerusi wang ehsan seperti yang dilakukan di Terengganu.
“Contohnya
dulu di Terengganu dinamakan wang ehsan dan tidak ada sebarang masalah bahkan
BN dapat merampas balik Terengganu daripada Pas.
“Kelantan juga
akan buat perkara yang sama dan akan mengagihkan secara berhemah dan adil,
tidak kira parti mana-mana sekalipun,” katanya. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment