SHAH ALAM – "Anak muda adalah tali hayat terakhir kepada
parti-parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)."
Bertindak sebagai moderator, Mohamad Abu Bakar, kedua
pendebat berjaya memberikan jawapan daripada dua bentuk hujahan mereka yang
disifatkan amat baik untuk menyuburkan hala tuju politik baru yang lebih matang
dan bertamadun kepada generasi akan datang.
"Saya melihat kedua tokoh ini memberikan dua jawapan
hujahan yang mana dari satu seginya menjawab persoalan yang diutarakan dan
sebahagian lainnya, telah memenuhi cita rasa pendengar," katanya.
Menurutnya, sifat kepimpinan yang muncul dari pendebat ini
telah menunjukkan pemimpin muda dapat mempengaruhi dan mematangkan cara anak
muda berfikir dalam politik.
"Ia sekali gus membolehkan generasi muda hari ini untuk
memilih pimpinan politik yang mampu memacu masa depan negara," katanya.
Menurutnya, tugas beliau sebagai moderator lebih mudah kerana
kedua-dua tokoh memberikan hujah yang bernas dan selari dengan soalan yang
diberikan.
Beliau berkata, program seumpama ini perlu diteruskan untuk
menyuburkan politik matang untuk kebaikan semua.
No comments:
Post a Comment