Alamak, terkejut KD dengan tajuk berita ini. Boleh pula hal
rumah tangga orang dikaitkan dengan fahaman politik. Itu pun setelah 15 tahun
berumah tangga, baru kini si suami ‘tunjuk belang’. Adakah hanya kerana si
isteri tidak sependapat dengan si suami, si suami sesuka hati menggunakan kuasa
vetonya menceraikan isteri. Sungguh tidak setuju, tidak wajar, tidak patut dan bermacam-macam
tidak lagi.
Walaupun marah dengan situasi ini, namun KD pasti di luar
sana pasti banyak lagi kes seumpama ini berlaku. Bukanlah mahu tunjuk pandai,
tetapi KD terkilan masyarakat kini terutama umat Islam kini amat sambil lewa
berhubung bab agama dan perkahwinan. Janganlah taksub berpolitik hingga orang
tersayang diabaikan.
No comments:
Post a Comment