Selepas beberapa siri himpunan dianjurkan pembangkang seperti Pas Ganti Umno, Himpunan Bersih, dan Himpunan Hijau (Kedah), kini mereka menganjurkan HIMPUNAN OREN pula.
Ironinya, jika berhimpun untuk bersatu dan manfaat bersama, bagusla juga. Tapi, jika semata-mata untuk memberontak, membuang masa maka tidak wajar langsung. Banyak lagi program yang berfaedah.
Mungkin selepas perhimpunan ini, ada lagi himpunan lain. Nampaknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat kita mudah disogok
Sebenarnya, jalan terbaik
dalam menyelesaiakan apa juga masalah ialah dengan bermuzakarah atau dengan
bahasa mudahnya ialah berbincang. Pihak pelaksana dan pihak yang tidak
berpuashatai perlu duduk semeja, berbincang secara berhemah, membuat analisis
atau penelitian seterusnya mencari kata sepakat.
Islam pun menggalakkan umatnya menyelesaikan masalah
dengan cara yang baik. Lagi pula, kita rakyat Malaysia penuh dengan budaya
ketimuran. Jadi, peliharalah ia. Jangan sampai orang luar ketawa dan mengambil
kesempatan ke atas kita.
KD: Buah OREN memang sedap.. Itu pun kena jenis manis, kalau masam memang tak mahu..
No comments:
Post a Comment