Seorang pemimpin MIC mencadangkan Ketua Menteri Pulau Pinang
Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew Gek Cheng dan bekas pekerja Lim, Phaik Kheng
menjalani ujian pengesan pembohongan bagi menamatkan kontroversi yang
menyelubungi mereka.
Timbalan Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan MIC Datuk
Ramanan Ramakrishnan berkata ujian berkenaan adalah cara terbaik buat
ketiga-tiga individu berkenaan untuk membersihkan nama mereka daripada
kontroversi itu.
“Mereka bertiga patut jalani ujian pengesan penipuan
(pembohongan) untuk membuktikan perkara sebenar kepada masyarakat bahawa tidak
berlaku sebarang skandal (antara Lim dan Phaik Kheng),” katanya ketika
dihubungi di sini pada Selasa.
Isu melibatkan Lim, Betty Chew dan Phaik Kheng mula tercetus
minggu lepas pada sidang Dewan Undangan Negeri Melaka, apabila Anggota Dewan
Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Gan Tian Loo bertanya kepada Betty Chew
yang juga Adun Kota Laksamana jika beliau mengenali Phaik Kheng.
Pada satu sidang akhbar Sabtu lepas pula, Betty Chew
menafikan suaminya mempunyai hubungan sulit dengan Phaik Kheng yang pernah
bertugas di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
KD: Mungkin ini antara cara terbaik bagi mereka menyelesaikan kontroversi yang ada. Selain dapat membuktikan 'berani kerana benar' malah keputusan ujian itu nanti pasti dalam menjelaskan kekeliruan rakyat sekaligus mendapat kata putus.
KD: Mungkin ini antara cara terbaik bagi mereka menyelesaikan kontroversi yang ada. Selain dapat membuktikan 'berani kerana benar' malah keputusan ujian itu nanti pasti dalam menjelaskan kekeliruan rakyat sekaligus mendapat kata putus.
No comments:
Post a Comment