Persepsi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin baik
berbanding pilihan raya umum 2008 meskipun kerap dilemparkan dengan pelbagai
fitnah oleh pembangkang.
Penganalisis
politik, Prof. Madya Dr. P Sivamurugan berkata, perubahan persepsi itu
berikutan inisiatif mentransformasikan negara menerusi Program Transformasi
Politik, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi telah
membuahkan hasil dan dirasai sendiri oleh rakyat.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia (USM) itu berpendapat, majoriti rakyat kini sedar
mengenai pelbagai program yang berbentuk sosial dan kebajikan yang dilaksanakan
kerajaan BN sehingga sukar bagi pembangkang menafikannya.
Program itu termasuklah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah
Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Menu
Rakyat 1Malaysia yang kian dekat di hati rakyat.
"Program meningkatkan taraf hidup, kebajikan dan
keselesaan rakyat yang jelas seperti inilah yang dimahukan rakyat, khususnya
pengundi di luar bandar. Bagi pengundi bandar pula, selain menikmati hasil
program itu, turut menghargai ketelusan pemimpin yang mendengar masalah mereka
dan berusaha mencari penyelesaian," katanya kepada Bernama di sini hari
ini.
Sivamurugan berkata, banyak usaha dilakukan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dalam setiap lawatan dan tinjauan mesra di seluruh negara untuk mendapatkan
maklum balas rakyat dan hasilnya, persepsi negatif terhadap BN telah terhakis.
Dalam pada itu, beliau berkata, meskipun pilihan raya semakin
hampir namun golongan atas pagar dilihat masih berhati-hati memilih parti yang
mampu mewakili mereka meneruskan pembangunan dan bukannya menabur janji kosong.
"Walaupun dalam diam, mereka menilai apa yang dibuat
oleh kerajaan BN dan apa pula yang telah dibuat oleh kerajaan pembangkang sejak
2008. Saya boleh mengandaikan BN boleh mendapat balik sokongan daripada
pengundi protes pada 2008," ujarnya.
Sementara itu, Presiden
Majlis Belia Felda, Anuar Abd. Manaf berkata, berdasarkan kajian sokongan
yang dilaksanakan, pihaknya mendapati lebih 60 peratus belia di seluruh negara
kini mula menyokong BN.
Ini kerana persepsi buruk yang dilemparkan oleh pembangkang
kononnya kerajaan BN zalim, menindas dan mengabaikan rakyat termasuk golongan
belia ternyata tidak dapat mempengaruhi mereka.
Katanya, ini kerana golongan belia sendiri sudah merasai satu
demi satu hasil usaha kerajaan BN, baik ke atas diri mereka mahupun keluarga
mereka. - BERNAMA
KD: Rakyat seharusnya bersyukur kerana berada di bawah pentadbiran kerajaan yang prihatin. Pelbagai bentuk bantuan dan insentif yang diberikan bukanlah untuk 'menyogok', namun ia adalah usa dan rasa tanggungjwab kerajaan untuk membantu dan membangunkan rakyat. Justeru, segala pemberian perlu digunakan secara berhemah. Mana tahu, tahun hadapan dan seterusnya, rakyat dapat menikmati bantuan yang sama atau lebih lagi.
KD: Rakyat seharusnya bersyukur kerana berada di bawah pentadbiran kerajaan yang prihatin. Pelbagai bentuk bantuan dan insentif yang diberikan bukanlah untuk 'menyogok', namun ia adalah usa dan rasa tanggungjwab kerajaan untuk membantu dan membangunkan rakyat. Justeru, segala pemberian perlu digunakan secara berhemah. Mana tahu, tahun hadapan dan seterusnya, rakyat dapat menikmati bantuan yang sama atau lebih lagi.
No comments:
Post a Comment