RAKYAT JANGAN TAKUT TEGUR PEMIMPIN
PULAU PINANG
10 Julai - Rakyat perlu berani menegur mana-mana pemimpin yang didapati
melakukan perkara tidak betul sehingga boleh memudaratkan pentadbiran negara.
Bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu wajar supaya pemimpin
terbabit sedar bahawa apa yang dilakukannya adalah salah.
Menurutnya,
ada di kalangan pemimpin terlalu leka dibuai puji-pujian sehingga pemikiran mereka
menjadi rosak.
"Kita
kena tegur pemimpin kalau dia buat perkara tidak betul, marah dia.
"Tapi
saya tengok kalau pemimpin itu buat tidak betul, dalam ucapannya semua bangun
tepuk tangan.
"Jadi
pemimpin pun naik seronok, kembang (bangga). Bila orang puji sangat, pemikiran
dia pun rosak sikit," katanya.
Beliau berkata
demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Wakil-wakil pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO), di sini malam tadi.
Hadir sama,
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Mahathir
menambah, tindakan menegur pemimpin merupakan tanggungjawab rakyat supaya
kerajaan yang didirikan menjadi kuat dan mampu membawa negara ke arah kemajuan
serta kesejahteraan.
"Apabila
kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kuat dan kukuh dibentuk selepas Pilihan
Raya Umum Ke-13 nanti, kita pula mesti menjalankan tugas kita.
"Tugas
kita adalah beritahu pemimpin apabila dia membuat sesuatu yang salah,"
ujarnya.
KD: Sebagai 'senior' dalam arena politik, setiap nasihat dari Tun M amatlah jelas dan relevan. Justeru, apabila Bapa Pemodenan ini menyarankan perkara ini, KD amat setuju. Ini kerana,amalan tegur- menegur adalah tindakan yang digalakkan untuk membetulkan kesilapan masing-masing. Tambahan pula, kini terdapat banyak cara untuk rakyat menegur pemimpin, sebagai contoh melalui Facebook, Twitter atau sebagainya. Jelaskan apa yang terbuku di hati, termasuk pendapat atau cadangan yang bernas, bukan untuk kepentingan sendiri tetapi memberi manfaat kepada semua. Apa yang penting, cara teguran itu perlulah berhemah dan melalui saluran yang betul.
No comments:
Post a Comment