PUTRAJAYA 11
Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat sedikit pengubahsuaian
terhadap proses pengundian bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang, bagi
memastikan proses yang lebih telus berdasarkan beberapa cadangan daripada
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Proses Pilihan
Raya.
Pengerusi SPR,
Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, untuk PRU-13, susunan bilik mengundi agak
berbeza apabila wakil parti politik ditukar kedudukannya dengan petak mengundi,
bagi membolehkan mereka mendapat pandangan yang lebih baik mengenai pengundi
dan proses pengundian.
Beliau
berkata, tiga kerani pengundian akan ditempatkan di bilik tersebut dengan
kerani pertama akan menyemak nama dan wajah pemilih serta jari mereka sama ada
telah ditanda dengan dakwat kekal, selain melaungkan muka surat, nombor siri,
nombor kad pengenalan dan nama pengundi supaya wakil parti politik boleh
menyemak data tersebut di dalam senarai pemilih masing-masing.
Kerani kedua
pula akan mencalit dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi, manakala
kerani ketiga akan mengecap kertas undi dan menyerahkan keratan kertas undi
kepada pengundi terbabit, katanya pada sesi taklimat bersama media di sini hari
ini.
Abdul Aziz
berkata nombor siri dan cap pada kertas undi juga adalah unik dan berbeza
antara satu saluran pengundian dengan saluran pengundian yang lain, selain
kertas undi yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang hanya boleh dilihat
melalui sinaran ultra violet bagi mengenal pasti sekiranya terdapat kes kertas
undi palsu atau kertas undi tambahan. - BERNAMA
KD: Sesuatu yang baru.. tak sabar nak pergi mengundi!!!
No comments:
Post a Comment