Kejadian Amuk
di Komplek B JPM Putrajaya Isnin lalu terus mendapat reaksi. Walaupun
penyerang, Khalil Afandi Hamid sudah meninggal dunia manakala pasangannya Muhdalina
Ahmad cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital, namun kejadian ini
terus menjadi igauan kepada semua.
Berikut adalah beberapa komen dari para ilmuan negara yang mungkin boleh dijadikan panduan dan ingatan kepada kita semua:
Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya
berkata, Cetek pengetahuan dalam ilmu agama, terikut-ikut dengan ajaran sesat
dan terlalu ingin menjadi manusia hebat dengan kebolehan luar biasa mendorong
seseorang itu menjadi imam 'Mahadi' palsu. Katanya, seseorang tidak boleh
sewenang-wenangnya mempercayai dirinya Imam Mahadi kerana terdapat ciri dan
sifat tertentu membezakan Imam Mahadi dengan manusia biasa.
Penulis blog,
Afandi Ahmad, isu membabitkan Khalil Afandi Hamid yang mati selepas terkena
tembakan dalam kejadian amuk di Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya,
Isnin lalu, tidak akan memberi impak negatif kepada dunia penulisan alam maya. Menurutnya,
dalam kaitan insiden itu, tidak timbul isu penyalahgunaan blog kerana ia sudah
dianggap satu medium bebas untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mengenai
sesuatu perkara.
KD: Semoga kejadian sebegiini tidak berulang.
KD: Semoga kejadian sebegiini tidak berulang.
No comments:
Post a Comment