Polis Di Raja
Malaysia kontinjen Selangor telah melancarkan aplikasi MyDistress versi baru. Ia merupakan aplikasi yang digunakan untuk suasana kecemasan.
Para pengguna
aplikasi ini hanya perlu menekan satu butang sahaja untuk memberi isyarat
kepada pihak berkuasa untuk diberikan tindakan susulan oleh mereka. Aplikasi
ini menggunakan data dan GPS telefon untuk berfungsi.
Para pengguna
yang ingin menggunakan aplikasi ini dikehendaki mendaftar dengan memberikan
maklumat peribadi anda terlebih dahulu.
Aplikasi ini tersedia untuk kebanyakan
platform popular ketika ini termasuk juga Blackberry dan I Phone. Namun servis
ini adalah terhad ketika ini dan ianya hanya boleh dipakai oleh pengguna di
sekitar Selangor sahaja.
KD: Inilah yang dikatakan proaktif. PDRM maju selangkah
lagi apabila MyDistress diperkenalkan.
No comments:
Post a Comment