RAUB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bersempena Ramadan yang mulia ini, rakyat perlu menadah tangan bersyukur ke hadrat Illahi atas nikmat keamanan negara.
Beliau berkata
nikmat keamanan dan kemakmuran adalah hasil pengorbanan para pahlawan negara
dan hasil daripada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.
Perdana
Menteri berkata banyak dugaan yang terpaksa diharungi negara dan kerajaan dan
juga darah pahlawan yang mengalir untuk mewujudkan suasana aman dan tenteram
yang dinikmati sekarang.
"Saya
tidak boleh jamin pakatan pembangkang boleh tunaikan (dalam soal keamanan),
soal perlembagaan pun tak sepakat...ini memberi persoalan yang besar, adakah
pembangkang boleh beri jaminan keharmonian?," katanya ketika berucap pada
majlis berbuka puasa bersama masyarakat daerah Raub yang dihadiri kira-kira
10,000 orang di padang awam Kampung Gali Tengah, di sini, Rabu.
Turut hadir
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr
Ng Yen Yen dan Ketua Umno Bahagian Raub Datuk Shaharuddin Ab Moin.
Perdana
Menteri berkata kerajaan BN bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana aman dan
makmur, malah kemakmuran negara ini menjadi tumpuan rakyat negara lain untuk
mencari rezeki dan katanya terdapat dua juta pekerja asing yang berdaftar di
negara ini.
"Ketika
ini di negara-negara lain termasuk negara Eropah, kadar penggangguran telah
meningkat, di Eropah misalnya pengangguran 25 peratus, di negara Sepanyol 45
peratus, di Malaysia kita tidak ada masalah pekerjaan, cuma orang kita memilih
pekerjaan, kalau nak kerja tak jadi masalah," katanya.
KD: Kata azimat dari PM ini perlu dipahat dalam hati.. Semoga negara terus makmur dan maju..
KD: Kata azimat dari PM ini perlu dipahat dalam hati.. Semoga negara terus makmur dan maju..
No comments:
Post a Comment