Exco Kerajaan
Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu berkata, forum itu akan menjemput
semua jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan penerangan yang sebenar
mengenai masalah air Selangor.
"Jabatan Meteorologi
telah memaklumkan bahawa sepanjang bulan Ogos hingga Oktober taburan hujan di
seluruh negara termasuk Selangor adalah sekata dan ini bermakna krisis tidak
cukup bekalan air di empangan atau loji rawatan air adalah tidak benar.
"Pakar-pakar
kita akan memberikan gambaran dan situasi sebenar air di negeri ini,"
katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.
Sementara itu,
Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran berkata, Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu akan menghantar bekalan air menggunakan
lori tangki milik mereka ke 11 kawasan di Balakong dan dua kawasan di Subang
Jaya.
"Kerajaan
negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan yang
terjejas dan kos ini kita akan minta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
bayar sebab mereka tak jalankan tugas dengan efisien.
"Bukan
itu sahaja, berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong
mendapati hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak,"
katanya.
Beliau
menegaskan tindakan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air
terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan.
"Banyak
kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai
pam air dan motor telah rosak, bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini
sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya.
Oleh itu,
beliau menggesa Syabas mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kolam air
yang terjejas kerana sumber air sangat penting dalam kehidupan seharian.
"Esok PBT
akan buat laporan polis berhubung sikap lepas tangan Syabas terhadap kolam air
yang terbiar ini. Kita bimbang ada pihak yang cuba sabotaj dengan tuang racun
atau apa sahaja di kawasan kolam air yang tidak berpagar ini.
"Mereka
(Syabas) sepatutnya ganti motor dan pam yang rosak supaya bekalan air di
kawasan yang terjejas mencukupi," katanya.
KD: semoga forum ini akan menghasilkan jalan penyelesaian bagi krisis air yang berlaku..
KD: semoga forum ini akan menghasilkan jalan penyelesaian bagi krisis air yang berlaku..
No comments:
Post a Comment