Dong Zong 'cacing naik ke mata'
KUALA
TERENGGANU 31 Julai - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menyifatkan
Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) seperti
'cacing yang sudah naik ke mata' apabila mengugut kerajaan bagi penubuhan
sekolah tinggi bebas Cina.
Setiausaha
Agung Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad menegaskan, tindakan Dong Zong yang
biadab itu seolah-olah mencabar kerajaan demi kepentingan mereka dan politik
pembangkang.
Beliau
berkata, persatuan terbabit jelas cuba mengambil kesempatan dengan membuat
tuntutan melampau ketika kerajaan sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13).
"Gagasan
memandang serius tuntutan Dong Zong ini dan kami memberi amaran supaya jangan
biadab dan kurang ajar. Jangan melampau dengan membuat tuntutan yang
bukan-bukan.
"Kami
juga berhak menuntut pelbagai perkara daripada kerajaan demi kepentingan
pelajar Melayu, tetapi tidak berbuat demikian kerana bertolak ansur demi
kepentingan pelbagai kaum di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini
hari ini.
Beliau
mengulas tindakan Dong Zong menjadikan isu pendidikan Cina sebagai modal
politik dengan mengugut menyokong pembangkang jika kerajaan tidak membenarkan
pembinaan sekolah tinggi bebas Cina meskipun sekolah jenis itu gagal mematuhi
peraturan asas sekolah di negara ini.
Semalam,
Majlis Perundingan Melayu (MPM) turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan
persatuan tersebut yang sanggup mengugut kerajaan agar memenuhi tuntutan
mereka.
Syed Anuar
berkata, Gagasan berharap kerajaan tidak berkompromi dan tidak sekali-kali
tunduk kepada sebarang desakan atau ugutan Dong Zong berhubung isu berkenaan.
"Gagasan
berharap kerajaan tidak melayan tuntutan yang dibuat Dong Zong dan kita juga
ingatkan kepada mana-mana pihak jangan cabar kesabaran warga pendidik
Melayu," ujarnya.
GPMS persoal niat sebenar Dong Zong
KUALA LUMPUR
31 Julai - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mempersoalkan niat
sebenar Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang
mengugut kerajaan agar memenuhi tuntutan mereka supaya dibina sekolah tinggi
bebas Cina di Kuantan baru-baru ini.
Presiden GPMS,
Jais Abdul Karim berkata, ini kerana kerajaan sebelum ini telah memberi bermacam-macam
faedah dan bantuan kepada semua aspek pendidikan di negara ini tanpa mengira
kaum dan latar belakang terutama sekali bagi pendidikan masyarakat Cina.
"Namun,
ia seperti tidak pernah cukup bagi mereka (Dong Zong). Sudah diberi betis mahu
paha. Apa niat mereka sebenarnya? Apa yang kita lihat sikap ini sudah menjadi
permainan persatuan ini apabila menjelang pilihan raya umum," katanya
ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta
mengulas kenyataan Pengerusi Biro Politik dan Governans Majlis Perundingan
Melayu (MPM), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail yang mengutuk keras tindakan Dong
Zong yang berterusan cuba mempolitikkan isu pendidikan Cina demi kepentingan
pembangkang.
Dong Zong
sebelum ini mengugut untuk menyokong pembangkang sekiranya kerajaan tidak
membenarkan pembinaan sekolah tinggi bebas Cina meskipun sekolah jenis tersebut
gagal mematuhi peraturan asas sekolah di negara ini.
Jais berkata,
Dong Zong kini dilihat lebih gemar mengambil kesempatan terhadap kerajaan
dengan membuat tuntutan melampaui batas sambil menggunakan alasan ia adalah
demi kepentingan pendidikan kaum Cina tanpa disedari permainan persatuan itu
sebenarnya mempunyai niat dan tujuan yang lain.
"Mereka
cuba mengaut keuntungan politik di saat menjelang pilihan raya umum. Sikap ini
memang sudah lama kita perasan malah kita sedang perhatikan sikap mereka ini.
"Tetapi
kita profesional dan tidak mudah melenting apabila mereka membuat tuntutan yang
tidak munasabah kepada kerajaan," katanya.
Katanya, GPMS
turut memberi amaran keras terhadap Dong Zong supaya tidak berterusan bermain
api dengan menimbulkan tuntutan-tuntutan yang tidak masuk akal terhadap
kerajaan demi kepentingan diri sendiri.
"Jangan
cuba mencabar dan mengugut kerajaan. Mereka ini perlu belajar bersyukur dengan
apa yang diperolehi dan apa yang telah kerajaan lakukan selama ini,"
katanya.
Beliau turut
meminta Kementerian Pelajaran supaya tidak melayan sepenuhnya tuntutan Dong
Zong itu sebaliknya meneruskan perancangan serta fokus bagi memperbaiki sistem
pendidikan di negara ini secara keseluruhannya.
KD: Sebelum ini KD pernah mendengar isu Dong Zong ini,
tetapi tidak faham situasi sebenarnya. Tambahan pula isu ini kebanyakannya
dilaporkan dalam akhbar Cina. Tetapi sejak dua menjak ini, banyak pula laporan
berkaitannya disiarkan dalam akhbar Melayu. Kini, baru KD faham, isu sebenarnya ialah 'tuntutan penubuhan sekolah persendirian Cina'. Nampak isu ini mudah sahaja. Tetapi apabila terbit kesangsian dan pertikaian, maka ia boleh dianggap sesuatu yang serius. Sejauh mana serius isu ini. KD akan
cuba mengikutinya selepas ini.
No comments:
Post a Comment