KUALA LUMPUR: Pengerusi Pemuda Barisan Nasional
(BN), Khairy Jamaluddin mencadangkan presiden parti-parti komponen BN memberi
ruang kepada calon pergerakan Pemuda masing-masing untuk bertanding pada
pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Langkah itu dapat memantapkan serta memberi
kesegaran kepada imej parti kerana orang muda mungkin mempunyai kelebihan
tersendiri, katanya.
"Saya hanya dapat suarakan bagi pihak Umno dan sampaikan
senarai kepada presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak), tapi rakan komponen lain
saya harap presiden mereka akan senaraikan kepada pengerusi BN iaitu Perdana
Menteri," kata Ketua Pemuda Umno itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas
mengadakan pertemuan dengan Anggota Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda MIC
Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.
Turut hadir Pengerusi Pemuda MIC, T.Mohan dan
timbalannya V.Mugil.
Mengenai pertemuan itu, Khairy berkata, ia antara
lain bertujuan membincangkan mengenai persiapan PRU-13 terutamanya dalam
mendapatkan sokongan masyarakat India khususnya pengundi atas pagar. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment